Ahad, 27 Mac 2011

Griffon's Army

Logo Persatuan Griffon's Army Melesia
Griffon's Army Malaysia adalah sebuah komuniti yang mengajak pencinta2 macbeth [original] berkumpul didalam satu minat dan spirit yg sama walaupun berbeza bangsa, budaya mahupun pangkat.


Itu adalah informasi yang di letak dalam page facebook komuniti ini. Tidak mengira bangsa,budaya mahupun pangkat. Murni. Bagi mereka yang berminat dgn jenis jenama ini,sudah pasti komuniti sebegini memang menarik perhatian mereka. Memang di tunggu2 kemunculan komuniti sebegini. 


Btw apa itu Macbeth?  Pg google sendiri ok,jgn klik sini




Ya,memang cool,bila join groupie2,kongsi minat sama2,dan bertambah cool lagi bila ambil gambar ramai2.


cool ha?


Tapi ini yg kepala otak assume sebaik saja aku buka page komuniti ni d FB.
'
                                             'Mangsa kapitalis'.  








kami beli pakai duit sendirilah!

Kami minat musik,brand ni tercipta sebab musik,apa yang kapitalisnya babi!

Apa ko merepek babi!  Dengan komuniti ni lah,sillaturahim dapat di rapatkan!

Sah2 ko ni x tau apa itu Macbeth,sah2 ko ni budak skema yg pakai kasut nike lokal! Lu remaja tipikal la brawh!! Kapitalis konon!



Tom Delonge kot! Poseur la lu brawh! Lu memang dgr musik dari radio era ja ni! 









Ok,aku x bley mau counter balik,lidah aku terkelu,bnyk benda lg aku x baca pasal kapitalis ni. Tapi itu first impression aku. Ko x bley la mau ubah kan? Mmg kepala otak aku assume 
macam tu,mau buat macam mana? Apa! Mau gadoh?

Haha.

Ala,rileklah,baru cucuk sikit sudah mau marah2.Kenapa aku cakap mangsa kapitalis? 


Harga kasut ni lebih mahal berbanding kasut bata.

Rata2 harga kasut jenama Tom Delonge ni,lebih kurang 200++ . Cuma d JB ja ada murah,sebab stok lama. Tapi itu pun kena cop tiruan juga sebab harga yang murah. Nonsense! Dah,barang lama,x laku,dia jual murah la. Harga kena ratus2 baru original ka??
Dengan groupie2 mcm ni, aku percaya,remaja2 yang ada d luar sana pasti mau join,sebab ke-cool-an komuniti ini. Jadi,bila berkembang,ramailah yang pakai kasut jenama Macbeth ini. Bertambah kayalah Tom Delonge yang sememangnya kaya raya. 


Membantu strategi pasaran.


Kamu sedar tidak? Yang groupie2 macam ni hanya membantu Tom Delonge dan sekutu-sekutunya mempercepatkan hasil jualan produk mereka?? Tgk balik fan page kamu d FB. Kebanyakan pos tentang produk2 baru dorg,kebnyakannya adalah iklan, senang cerita. Dan kamu,yg menggelarkan diri sbg Griffon's Army,x habis2 sembang pasal mau beli kasut Project Studio TBS yang baru, Matthew special edition,wallister fuck cancer, new vegan,n etc.  
Tukar fan page ni jadi forum jual-beli kan senang! 


Taking Back Sunday,Mike Dirnt,Anthony Green tu semua dapat duit. Griffon's Army,kamu dapat x duit peruntukan dari Macbeth SDN BHD? Peruntukan dari Barisan memang x lah!


Mendorong nafsu membeli.
Lepas ni,ramailah yang ingin mengumpul koleksi2 jenama Macbeth ni, yang kaya raya,mak bapak kerja kerajaan ok lah kalau mau kumpul buat koleksikan. Tapi yg miskin2 pun ada jugak. Sanggup kumpul duit,ikat perut,kerja kilang semata2 mau beli kasut Macbeth ni. x nampak jd mangsa lagikah? Dan lagi babi,bila ada oppurtinists yang da bukak kedai jual Macbeth ni,jual sampai untung 200% . Dan kita,sebagai pengguna yang sgt mencintai jenama ini,tidak kisah bila sebut ttg harga. 


Fak! RM459!!!
Its Macbeth brawh.
Oh I see. U have size 8 and a half? 



Memanglah brand ni brand Tom Delonge,brand dari USA,tp semua kasut ni dibuat di kilang2 Indonesia dan Vietnam di bwah lesen yang sah. Itu ko kena tahu! Nnt mulalah nak menggatal cari yang made in USA kat ebay. So,jgn hairan kenapa budak2 Indonesia ada belambak gropie2 macam ni. Ntah2 dorgpun beli ikut harga kilang dan kelihatan cool. Buat apa dorg support beli mahal2,bukan Tom Delonge mau beri bantuan pun pada negara dorgpun. Kita kat Malaysia? X hairankah kenapa budak2 Indonesia ramai yang ber-Macbeth,sedangkan mata wang negara dorg, lebih rendah dari kita even harga mee kuah dorg ada yang mencecah jutaan rupiah.






Ok,aku actually,ada sepasang Macbeth jugak.Haha! Aku tau,aku tau. Sudah lebih setahun aku pakai. Tu pun tyme aku beli,aku beli yang paling murah! Murah murah pun,200 ratus jugak! Babi! First tyme aku kenal Macbeth ni,bila aku tgk One Buck Shot perform. Dari baju,kasut,ada tulisan macbeth. Dari situlah aku kenal Macbeth. Kemudian lebih kurg setahun,aku da tgk kasut ni jual di kedai,dan Macbeth Hensley betul2 buat aku jatuh cinta dgn Macbeth ni,lagi2 kasut ni sempena nama salah satu dari line-up Flogin Molly. Tyme tu,Macbeth fuckin cool. X ramai org pakai. Dan kalau ada yang pakaipun,ko mesti ckp,babi,dari mana dia dpt kasut Blink 182 tu. Itu dulu. Dulu punya cerita. Di mana convers masih lagi menguasai cita rasa remaja.


Tapi sekarang,macbeth sudah x cool lagi.Ramai sangat yang pakai,siap ada persatuan lagi. Design pun,bukan lawa sgt pun,tapi harga mcm cibai sebab,ianya adalah Macbeth.

Founder kepada Macbeth ni adalah Mark Hoppus dan Tom Delonge,dan atas beberapa masalah Mark jual segala share beliau. Kedua-dua founder ni kalau ko x kenal,baik ko buat main futsal kasut Macbeth ko! Ok,kedua2 mamat ni mmg bnyk bg influences dlm hidup musik aku dari band dorng,Blink 182. Dan,aku pernah bajet travis tyme jamming,walaupun smpai sekarng aku x reti double rolling.  Aku ada elemen punk dalam diri aku,walaupun kalau ko tgk aku,aku x punk langsung,no piercing at all,so kalau bila da ada elemen punk,elemen anti establishment tu ada sikit,dan Griffin's Army ni adalah satu benda yang establish. Xda beza dengan Persatuan Kancil Automatik Banting. Nama memang cool,griffin's army,tp sama jugak kalau aku label geng kasut macbeth.Kan? 



So,geng2 macm ni lah buat aku x mau beli dan pakai kasut Macbeth,nasib baik aku da basuh kasut futsal aku,so aku boleh x pakai Macbeth ni pg sekolah lg.Harap2 esok keringlah. Entri ni pasti ada dan ramai x stuju,tp aku peduli apa! Kalau nak counter silakan! 
























Rabu, 23 Mac 2011

Mentaliti kita terhadap Sijil Pelajaran Melesia.

x tahu gambar ni tahun berapa
Seperti gambar di atas,kita bakal menyaksikan detik2 indah sedemikian malam ni di buletin utama. Mulalah tunjuk detik2 sedih keluar air mata,betapa berbaloinya dia belajar sampai ke pagi,tunjuk pelajar yang berasal dari keluarga miskin,tapi boleh dapat 18A,expecially yang tinggal pedalaman,Sabah,Sarawak dan Pahang. Tunjuk betapa satu melesianya negara kita dgn menggabung 3 kaum utama yang mendapat result gempak. Tunjuk betapa gembiranya graduan sekolah menengah ini dgn video mereka peluk2 dan ketawa.


Dulu tyme aku pergi ambil result,PMR n SPM, aku pergi sorang2.So,xdalah gambar aku dan mak bapak aku dgn slip putih yang banyak A,dan betapa indahnya waktu itu. Tyme aku ambil result UPSR pun,dorg x da. Semua jenis penilaian ini,aku bawa balik rumah dan tunjuk. Aku masih ingat tyme SPM,aku dapat 22A,kalah nur amalina,tapi aku x paham,kenapa aku x masok tv. Aku balik,dan tunjuk mak bapak aku. Betapa terkejut dan gembiranya mereka smpai buat backflip 5 kali then summersault macam nani,pastu aku di raikan 7 hari 7 malam,bermacam-macam acara di buat,marhaban,nasyid,ghazal,tarian sumazau,parti tu sudah macam festival cuti2 malesia,siap ada kereta berhias lg.


Ok,aku tipu. 


Sebenarnya,kedua mak bapak aku cool ja bila tau result aku mcm mana. Janji anak dia dapat pendidikan,yang mereka x berpeluang rasai,itu sudah cukup. Dan aku rasa,aku sudah puaskan hati mereka.,dan hati sendiri.


Waktu form 5,kita xkan lari dari psycho dari cikgu2 kita.

belajarlah kamu sebelum kamu menyesal.
SPM tu adalah masa depan.
SPM adalah penentu hidup.
Kalau mau jadi kuli,x payah ambil SPM



Bullshit. Macam mana boleh jadi cikgu mereka2 ini? Ada yang siap ugut lg,xnak bagi ilmu yg dorg ajar berkat dorg. Fak! Serius,susah nak jumpa cikgu mcm Onizuka,cikgu yang ajar kita ttg kehidupan,bukan ajar macm mana masuk dalam sistem dan akur dgn sistem. 


Aku bersyukur dapat mak bapak aku,jenis yang cool ja,walaupun dorg x ajar aku bahana kapitalisme,ajar aku jd seorng anarkis,ajar aku fak kerajaan. X macam parent lain,yang marah gila2 dgn anak mereka yg x dapat bnyak A dalam result.

Teori aku - selalunya yang jenis tekan anak dia utk dpt result SPM yg gempak adalah parent yang berpendidikan yang tinggi2.Macam,cikgu,doktor,pegawai kerajaan E41.Lebih kuranglah. Sebab dorg mau jaga status mereka,yg kononnya,mereka adalah keluarga berpendidikan. Bagi keluarga yang memburuh siang malam,kerja jd cleaner,angkat beras,kerja bawah panas,mereka jarang marah anak mereka sekiranya keputusan SPM mereka agak membebalkan. Ini kerana,bagi mereka,menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat adalah lebih penting berbanding belajar tinggi2,lepas tu kerja kerajaan,korup! Kerja x buat! Melambatkan proses2 pembayaran,urusan dan mcm2.



Memang betul,SPM adalah medium kita untuk mendapatkan rumah teres dua tingkat,BMW 5 series,Ipad,baju john master. Tapi tidaklah smpai penentu hidup dan takdir. Tidaklah bermakna,gagal SPM,gagal dalam kehidupan,gagal menjadi manusia.Tidak! Selepas SPM,ada banyak cara lg untuk kita bina kehidupan yang kita mahu. Apa beza kau gagal SPM sebab kau main skate hari2,tapi lepas tu ko jadi pro skater,ada brand sendiri,ada franchise sendiri,ada skate park sendiri - berbanding budak study oversea,lepas tu balik,kerja kontrak 10 tahun,kerja bawah sistem yang menjengkelkan? 


So,sejauh mana SPM boleh mempengaruhi hidup kita sebagai manusia? BTW,ini negara Melesia,d mana negara yang orgnya,yang lebih menerima persepsi dari org yang ada degree,master dan PHd. Setakat ada SPM,kau mau bersuara,baik ko diam,tulis blog,kumpul followers ramai2,then mind fuck,baru boleh. Macam Husin dalam Zombie Kg.Pisang,yang tidak ada SPM tp dia ada wawasan,tp siapa yang hendak dgr? Ini baru di Kg.Pisang. 


SPM adalah salah satu jenis penilaian akademik sahaja. Tidak bermakna melalui SPM kita boleh tentukan dia bodoh,malas,bengap.lembap,bingai,dupang dan mcm2 lagi. Dan mereka yang mendapat bnyak A,tidak tentu lagi yang mereka boleh memperjuangkan hak rakyat yang semakin lama semakin tertindas.


So,just SPM is not enough! Suck it!



























Isnin, 21 Mac 2011

Ingatkan diri sendiri.

Aku mau ubah dan motivasi diri pelan-pelan,sedikit-sedikit,langkah demi langkah. Dengan cara mengingatkan diri sendiri bila buat sesuatu.

Bila aku makan
Jgn lupa baca doa sebagai syukur pada Tuhan,dan ingat kepada mereka yg sentiasa berlapar dan mengais tong-sampah dilorong-lorong.

Bila belajar.
Ingat kepada bapak aku yang memburuh siang-malam dan mak aku yang selalu bgn pagi untuk mngisi perut anak-anaknya agar kami dapat pendidikan dan kehidupan yang lebih baik dari mereka.

Bila aku sedang keluar bergembira.
Ingat,masih ada remaja macam kita di luar sana,yang terpaksa korban masa dan bahagia mereka demi untuk terus hidup.Bagi mereka,lepak mamak.KLCC,Pavilion,main futsal,itu semua suda tidak penting,yg penting teruskan hidup.

Bila rasa fucked-up.
Ingat,masih ada yg lebih fucked-up.Org asli yang terpaksa akur kepada hukum kapitalis,umat Islam yang dipijak di tanah sendiri,imigran2 yang terpaksa memburuh 24/7,mangsa-mangsa bencana alam,dan gadis yg mengandung luar nikah yang ada di Melesia ini.

Bila berfesyen.
Ingat kepada mereka yg hanya ada satu persalinan pakaian seumur hidup mereka.

mereka masih boleh tersenyum kenapa tidak kita.

Sabtu, 19 Mac 2011

Just now.



Now,i at the bus stop waiting.
Waiting for something that me myself not hundred percent sure.
Its not the first time im waiting.
Like my whole life im wait,and im tired of being in this bulshit.

Now,the rain start to pourin down.
The bless from God,but not all feel it.And like it.
But-am a believer,even though im here alone.Because.
The faith,always locked deep down in my fragile heart.



Now,the ''Blessed with the curse" flowing in my both ugly ears.
Like a drug,like a shot of tequila,like a street whore.
It pleasing me.
While the real bless,still occur.Then come skinny malay girl.



Now,im not the one who sit and hoping.
But,not like me,she sure about the waiting.
I ask her.Get something.Make damn sure.
Then we just sit and have a talk,from stranger to other stranger.

Jumaat, 18 Mac 2011

Oral test.

Hari ini adalah Nihon-go day.Dan baru sekejap tadi aku,dan kamikaze2 yang laen telah mengambil bahagian dalam oral test(tolong jangan kaitkan benda ni dgn oral sex) untuk Japanese Language. So far,so good. Test ni hanya perlu baca ayat yang dia bagi,dan paham,kemudian sensei akan tanya soalan berkaitan.Senang. X macam calculus.X macam electrical power.Macam hagham.So,sempena Nihon-go day ini,aku mau tunjuk sedikit sebanyak apa yang aku belajar selama 3 bulan ini.

Hajimemashite.Watashi wa Qierana desu.
Selamat berkenalan. Saya Qierana.



Watashi no denwa bango wa 035-1111-776.
Nombor telefon saya 035-1111-776.

Watashi wa maiasa no 8-ji ni okimasu.
Setiap pagi saya bangun pukul 8.


Ikimashu tabemashite.
Jom makan!

Anata wa baka desu ka.

Awak bodohkah?





haha!

Khamis, 17 Mac 2011

Hari seni.

Hari ini.hari khami, hari seni.Art Day.Selain Yenenday,dan Nihongo Day,parlimen 205 telah meluluskan hari khamis sebagai Hari Seni,hari untuk mengekspresikan diri,hari untuk menunjukkan bakat terpendam,hari untuk meluahkan perasaan,hari untuk menjadi liar.

Its day to loose yourself


Sepatutnya,malam ini kami akan buat malam seni di mana setiap dari kami mengambil bahagian untuk melakukan performasi. Tidak kisahlah apa jenis perfomasi sekalipun,shuffle,berakustika,menari sumazau. Just luahkan apa yang kau ingin luahkan,jgn malu,kami semua cool dan tidak akan gelakkan kau. Tapi malam ni,mgkin malam seni tidak dapat dibuat,atas alasan2 teknikal.Tapi sekiranya kau ingin mengambil bahagian,just datang ke rumah kami di seksyen 7,Shah Alam. Oh,ya,ini bukan frinjan. Ini lebih kepada scene seni undergorund. Kah kah kah!

So,hari ini,marilah kita bernyanyi bersama,berpuisi bersama,menari bersama.


apa-apa,bila-bila,mana-mana adalah seni - sign board Rahmat Haron




Rabu, 16 Mac 2011

10 Tips untuk menjadi pelajar cemerlang ketika di menara gading.

Ok,kali ini aku akan bagi 10 tips yang akan menjadikan anda pelajar yang cemerlang dan menjamin CGPA (pointer/grad/keputusan) mencapai tahap dekan (3.5 dan ke atas) dan menuju empat,(budak2 selalu sebut four flat).Tapi tips ini aku khas tujukan mereka yang sedang belajar di universiti ataupun kolej atau mana2 institut,bg mereka yang masih memakai uniform (bdak sekolah darjah 1-tingkatan 6 atas) anda boleh mengikuti tips yang mana sesuailah ikut silibus KBSR dn KBSM.

10 TIPS


Duduk di barisan hadapan.

Duduk dibarisan hadapan akan menaikkan peratus anda lebih tinggi untuk pensyarah mengecam muka anda dan seterusnya mengingati anda salah seorang anak buahnya. Secara tidak langsung  hubungan akan terjalin antara anda dengan pensyarah dan seterusnya boleh mempengaruhi carrier mark juga grad subjek tersebut. Xkan lah Bobo ja dapat perhatian dari pensyarah sebab dia jd class rep,third language dia jadi class rep,Bahasa Inggeris dia jadi class rep jgak,Electrical Power dia jadi class rep jgak,sudahlah dia makab lebih kalau photostat nota,benda tu 20 sen dia jual seringgit,bayangkan dalam kelas ada 20 org,sudah untung 16 ringgit,babi Bobo. So kita xnak org yang mcm Bobo ni ja dpt perhatian dari pensyarah,kita yang mls nak jadi class rep,malas nak photostat nota2,pun boleh jgk dgn cara,duduk di barisan hadapan.

Better never than late
Memang benar kelas pagi amat sukar untuk dihadiri bagi sejumlah pelajar. Mereka yang skema2 tidur awal jam 10 malam ja boleh attend pg kelas pagi2 ni.Betul. So,sekiranya kelas pukul 8,dan kamu juga bangun tepat pada pukul 8,teruskan nikmat pagi anda. Kenapa? Ok,biar aku bagitau,kebanyakan pensyarah tidak suka sekiranya ada pelajar yang lambat masuk kelas.Sebab, kalau kau lambat masuk,perhatian terhadap pensyarah  akan beralih kepada pintu kelas yg dibuka dan seterusnya kau yang muncul dari pintu itu. Ini akan membuat pensyarah cemburu kerana perhatian terhadap beliau telah teranjak,dan kau akan kekal dalam memori pensyarah bersama Bobo tapi secara negatif.Dan boleh mempengaruhi grad. So,better dont go to the class if u r allready late. Silap2 ko boleh dapat A tp pensyarah boleh teringat muka kau,terus dia bagi C+. Nak?

Bodek
Di era serba moden ini,pembodekan lagi senang berlaku.Dan ini juga salah satu tips aku untuk mendapatkan grad cemerlang.Macam mana? Rileklah aku mau bagitaulah ni. Ok, satu advantage kalau pensyarah kamu ada
akaun facebook,ada twittah,ada blog. Kerja kamu,just follow ja apa perkembangan pensyarah ni. Dia update ja status,terus tekan LIKE,bg komen2 yang memberangsangkan, like semua pic2 beliau,walaupun terasa geli. Walau terasa ingin muntah di kala menaip komen2 palsu yang memberangsangkan. Paksa diri,tahan dan lawan semua dugaan yang datang. Kerna,pasti akan berbuah. Beliau pasti akan menyayangi anda lebih dari Bobo tu.Tapi aku rasa Bobo ni mesti lagi advanced bodek dia ni. Tak apa,janji dia ingat kau salah satu anak buahnya. Nanti time dia mark paper kau,mesti ada terlintas

''Eh,ni budak yang selalu like pic2 aku and status aku ni,ermm,ok extra mark 4 u''

Nampak tak? So,apa lagi.

Rakan yang betul

3 tips pertama aku fokuskan kepada pensyarah yg berpengaruh besar dalam grad pencapaian kita,sekarang adalah mencari rakan yang betul ketika dalam kelas. Sebenarnya rakan sekelas yg duduk dlm lingkungan 1 meter radius,amat memberi impak maksima.Ya,dan aku cadangkan duduklah dengan mereka yang hyperactive ketika dalam kelas. Kenapa? Ok,cuba ko byangkan duduk dengan budak yg just diam ja dlam kelas,terlalu fokus,smpai budak yang duduk sebelah dia selama satu semester,pun dia x kenal. Gila fokus! Bobo pun aku rasa fokus gila2 jugak,ntahlah dia. Ko nak tanya dia apa yg ko tak fahampun x bleh,sebab dia fokus sgt. Mau salin nota yang ko tertinggal sbb pensyarah tulis laju sgt pun x bley. (Tapi yang bajet fokus ni pun bukannya tahu sgt,dorg ni cuma bajet,test markah rendah jgk,paper fail jgak.)
Point aku sebenarnya,ko duduk dengan sebelah budak2 yang retard sikit,yang mulut x pandai tutup dalam kelas,yang suka bawak cerita,yang suka kacau bila ko fokus,yang inilah membantu proses pembelajaran berkesan dalam kelas. Serius! Dgan budak2 mcm ni,mengantuk dapat dielakkan,dan bila dia bawak ko sembang2 dan ko pun layan,pensyarah akan tegur dan sudah tentu kau akan terus fokus. Haaa~ Dan kebanyakan budak2 yang mcm ni adalah genius,dan ko boleh tnya apa benda yang ko x paham dlam kelas,sebab dorg bosan dgn apa yang penysarah ajar,sebab benda2 tu semua dorg sudah tahu,sebab tu lah dorg ajak kau sembang2 mati.

Tempat Study yang betul
Tempat pembelajaran yang kondusif dan persekitaran yang tenang memang perlu bg menaikkan enthusiasme,so kalau mau study tu,jgn la study di McDonald ka,kedai2 mamak,mau study sambil tgk bola kononnya,study di kopitiam2 ka,itu semua mengada-ngada. ELAKKAN!! Kenapa? Sebab,tahap fokus untuk memahami subjek yang sedang dipelajari akan turun manakala fokus dengan bimbo2 dan brada2 yang di sekeliling pula yang akan naik. Macam mana mau study? Ada ja kelibat gadis berambut merah pakai hot pants,pakai tank-top,mesti ko akan menghabiskan lebih dari 10 saat untuk peng-usha-an. Kemudian 30 saat lagi,dan naik lagi 2 minit. Ini x kira lg,kalau ko da mula mengkhayal yang bukan2. So,jgn study di tempat2 mcm ni,tmpat makan utk makan,tempat berak utk berak,tempat study utk study.

Masa yang sesuai

Pagi adalah masa yang sgt sesuai,kerana segala anasir jahat kini sedang tidur,dan kalau ada pun tahap kejahatan tidak tinggi sgt. Ok,ko bgn awal,then terus mandi,pasti ko akan segar sesegar susu lembu dutch lady non-fat. Dalam keadaan yang segar ini,sistem limbik otak kau juga akan lebih effisien mengawal hipothalamus dan hippocampus. Waktu pagi juga adalah waktu bg mereka2 yang berdisiplin dan ber-CGPA gempak belajar dan melakukan tugasan harian,so kau bolehlah bertanya dgn mereka2 ini.Sedang kawan ko,room-mate,house-mate ko sedang di ulit mimpi,ko sedang dibuai dengan keindahan pembelajaran tanpa gangguan dan kefokusan tahap Bobo. Jangan study diantara tempoh peralihan ASAR-MAGRHIB kerana waktu ini adalah waktu setan2 sgt aktif,selain waktu sejam sebelum zohor,lebih elok ko pergi bersenam and etc.Jangan tidur.

Tulisan


Hahahaha!!!! Khas kepada kaum Adam. Ya,kamu tahu tulisan kamu (budak lelaki) memang kebanyakannya buruk. Kau seorang ja kadang2 bole baca dan paham. Kenapa aku cakap tulisan mempengaruhi kejayaan untuk mencapai CGPA yagh gempak?  Tulisan yang chantek,ko sendiri secara automatik berselera untuk baca,so kalau tulisan ko chantek,ko akan rajin baca2 nota2 yang ko salin. Tulisan yang kemas dan chantek juga banyak kelebihannya.  Contoh,toyol. Kalau tulisan ko chantek,toyol ko juga akan senang dibaca,cuba ko bayangkan,tyme test,ko bukak toyol ko,tp ko ambek masa mau paham,sudahlah tyme tu adrenalin ko mencurah dgn laju,otak ko jugak akan susah berfikir secara terkawal,dan kau akan mula panik. Ini memang sgt tidak elok ketika menjawab dalam test. Masa sgt berharga,dan benda2 macm ni amat merugikan. Sekaligus memberi impak negatif (bukan  maksima)  terhadap test yang kau ambil itu. So,mula dari sekarang, belajar untuk menchantekkan tulisan anda.Pasti berkesan.


Hubungan dalaman
Ok,tips ni aku rasa paling licik.Lebih licik menggunakan toyol. Tapi bila ko berjaya buat hubungan dalaman ni,  hidup ko nescaya lebih senang,x payah study 16jam satu hari. Maksud aku hubungan dalaman ialah,ko berhubung atau cari kabel dgn org2 yang kerja di jabatan peperiksaan,haha!! Paham x? Kan kan kan. Kan lebih senang kalau ko dah tahu soalan jenis mcm mana keluar dlm exam nnt,x payah pikir banyak,relaks ja,full mark tu memang dalam tgnlah.

Aplikasi
Untuk ingat segala macam rumus atau apa2 yang berkaitan dengan pembelajaran ko,aplikasi memang jalan yang mujarab. Sebagai contoh, rumus bagi Hukum Newton Ke-2 adalah F=ma. So ko aplikasikan F=ma dalam kehidupan seharian ko,ko gantikan F=ma dengan perkataan babi,so bila tiap kali ko nak sebut babi ko akan sebut F=ma

Budak tu macm F=ma lah!

Gua tgk muka lu dah macam F=ma!



F=ma!





Bersedekah



Benda ni memang memakan belanja sedikit,tapi amat mujarab. Apa yang aku maksudkan dengan bersedekah? Begini,setiap kali quiz,test,atau exam,ko sediakan duit at least 50rm. Then sebelum ko hantar kertas jawapan ko,ko kepilkan wang kertas tersebut besertakan memo "sumbangan ikhlas :)".  Sama ada ko dapat A atau kena buang kolej terus. Tapi hidup ni kena gamblekan? X hidup la kalau xda gamble2 ni.






*sekiranya ada diantara anda mengamalkan 10 tips ini kemudian mendapat keputusan yang positif dan rancak,sila bagi respon anda terhadap saya yang mengambil masa seminggu utk memikirkan tips berguna utk tatapan umum ini.

Rabu, 9 Mac 2011

Benda yang patut aku ada dalam 10 tahun lagi,klau hidup lagi.

Volkswagen Kombi - buat road trip

Dr.Martin boot - baru punk!

leather jacket hoodie - this make us cooler,way cool!

apa barang DSLR kan? haha!

hell yeah!my own jamming studio!


movie lover!game lover! football lover! ;)

baru intelektual!