Rabu, 16 Mac 2011

10 Tips untuk menjadi pelajar cemerlang ketika di menara gading.

Ok,kali ini aku akan bagi 10 tips yang akan menjadikan anda pelajar yang cemerlang dan menjamin CGPA (pointer/grad/keputusan) mencapai tahap dekan (3.5 dan ke atas) dan menuju empat,(budak2 selalu sebut four flat).Tapi tips ini aku khas tujukan mereka yang sedang belajar di universiti ataupun kolej atau mana2 institut,bg mereka yang masih memakai uniform (bdak sekolah darjah 1-tingkatan 6 atas) anda boleh mengikuti tips yang mana sesuailah ikut silibus KBSR dn KBSM.

10 TIPS


Duduk di barisan hadapan.

Duduk dibarisan hadapan akan menaikkan peratus anda lebih tinggi untuk pensyarah mengecam muka anda dan seterusnya mengingati anda salah seorang anak buahnya. Secara tidak langsung  hubungan akan terjalin antara anda dengan pensyarah dan seterusnya boleh mempengaruhi carrier mark juga grad subjek tersebut. Xkan lah Bobo ja dapat perhatian dari pensyarah sebab dia jd class rep,third language dia jadi class rep,Bahasa Inggeris dia jadi class rep jgak,Electrical Power dia jadi class rep jgak,sudahlah dia makab lebih kalau photostat nota,benda tu 20 sen dia jual seringgit,bayangkan dalam kelas ada 20 org,sudah untung 16 ringgit,babi Bobo. So kita xnak org yang mcm Bobo ni ja dpt perhatian dari pensyarah,kita yang mls nak jadi class rep,malas nak photostat nota2,pun boleh jgk dgn cara,duduk di barisan hadapan.

Better never than late
Memang benar kelas pagi amat sukar untuk dihadiri bagi sejumlah pelajar. Mereka yang skema2 tidur awal jam 10 malam ja boleh attend pg kelas pagi2 ni.Betul. So,sekiranya kelas pukul 8,dan kamu juga bangun tepat pada pukul 8,teruskan nikmat pagi anda. Kenapa? Ok,biar aku bagitau,kebanyakan pensyarah tidak suka sekiranya ada pelajar yang lambat masuk kelas.Sebab, kalau kau lambat masuk,perhatian terhadap pensyarah  akan beralih kepada pintu kelas yg dibuka dan seterusnya kau yang muncul dari pintu itu. Ini akan membuat pensyarah cemburu kerana perhatian terhadap beliau telah teranjak,dan kau akan kekal dalam memori pensyarah bersama Bobo tapi secara negatif.Dan boleh mempengaruhi grad. So,better dont go to the class if u r allready late. Silap2 ko boleh dapat A tp pensyarah boleh teringat muka kau,terus dia bagi C+. Nak?

Bodek
Di era serba moden ini,pembodekan lagi senang berlaku.Dan ini juga salah satu tips aku untuk mendapatkan grad cemerlang.Macam mana? Rileklah aku mau bagitaulah ni. Ok, satu advantage kalau pensyarah kamu ada
akaun facebook,ada twittah,ada blog. Kerja kamu,just follow ja apa perkembangan pensyarah ni. Dia update ja status,terus tekan LIKE,bg komen2 yang memberangsangkan, like semua pic2 beliau,walaupun terasa geli. Walau terasa ingin muntah di kala menaip komen2 palsu yang memberangsangkan. Paksa diri,tahan dan lawan semua dugaan yang datang. Kerna,pasti akan berbuah. Beliau pasti akan menyayangi anda lebih dari Bobo tu.Tapi aku rasa Bobo ni mesti lagi advanced bodek dia ni. Tak apa,janji dia ingat kau salah satu anak buahnya. Nanti time dia mark paper kau,mesti ada terlintas

''Eh,ni budak yang selalu like pic2 aku and status aku ni,ermm,ok extra mark 4 u''

Nampak tak? So,apa lagi.

Rakan yang betul

3 tips pertama aku fokuskan kepada pensyarah yg berpengaruh besar dalam grad pencapaian kita,sekarang adalah mencari rakan yang betul ketika dalam kelas. Sebenarnya rakan sekelas yg duduk dlm lingkungan 1 meter radius,amat memberi impak maksima.Ya,dan aku cadangkan duduklah dengan mereka yang hyperactive ketika dalam kelas. Kenapa? Ok,cuba ko byangkan duduk dengan budak yg just diam ja dlam kelas,terlalu fokus,smpai budak yang duduk sebelah dia selama satu semester,pun dia x kenal. Gila fokus! Bobo pun aku rasa fokus gila2 jugak,ntahlah dia. Ko nak tanya dia apa yg ko tak fahampun x bleh,sebab dia fokus sgt. Mau salin nota yang ko tertinggal sbb pensyarah tulis laju sgt pun x bley. (Tapi yang bajet fokus ni pun bukannya tahu sgt,dorg ni cuma bajet,test markah rendah jgk,paper fail jgak.)
Point aku sebenarnya,ko duduk dengan sebelah budak2 yang retard sikit,yang mulut x pandai tutup dalam kelas,yang suka bawak cerita,yang suka kacau bila ko fokus,yang inilah membantu proses pembelajaran berkesan dalam kelas. Serius! Dgan budak2 mcm ni,mengantuk dapat dielakkan,dan bila dia bawak ko sembang2 dan ko pun layan,pensyarah akan tegur dan sudah tentu kau akan terus fokus. Haaa~ Dan kebanyakan budak2 yang mcm ni adalah genius,dan ko boleh tnya apa benda yang ko x paham dlam kelas,sebab dorg bosan dgn apa yang penysarah ajar,sebab benda2 tu semua dorg sudah tahu,sebab tu lah dorg ajak kau sembang2 mati.

Tempat Study yang betul
Tempat pembelajaran yang kondusif dan persekitaran yang tenang memang perlu bg menaikkan enthusiasme,so kalau mau study tu,jgn la study di McDonald ka,kedai2 mamak,mau study sambil tgk bola kononnya,study di kopitiam2 ka,itu semua mengada-ngada. ELAKKAN!! Kenapa? Sebab,tahap fokus untuk memahami subjek yang sedang dipelajari akan turun manakala fokus dengan bimbo2 dan brada2 yang di sekeliling pula yang akan naik. Macam mana mau study? Ada ja kelibat gadis berambut merah pakai hot pants,pakai tank-top,mesti ko akan menghabiskan lebih dari 10 saat untuk peng-usha-an. Kemudian 30 saat lagi,dan naik lagi 2 minit. Ini x kira lg,kalau ko da mula mengkhayal yang bukan2. So,jgn study di tempat2 mcm ni,tmpat makan utk makan,tempat berak utk berak,tempat study utk study.

Masa yang sesuai

Pagi adalah masa yang sgt sesuai,kerana segala anasir jahat kini sedang tidur,dan kalau ada pun tahap kejahatan tidak tinggi sgt. Ok,ko bgn awal,then terus mandi,pasti ko akan segar sesegar susu lembu dutch lady non-fat. Dalam keadaan yang segar ini,sistem limbik otak kau juga akan lebih effisien mengawal hipothalamus dan hippocampus. Waktu pagi juga adalah waktu bg mereka2 yang berdisiplin dan ber-CGPA gempak belajar dan melakukan tugasan harian,so kau bolehlah bertanya dgn mereka2 ini.Sedang kawan ko,room-mate,house-mate ko sedang di ulit mimpi,ko sedang dibuai dengan keindahan pembelajaran tanpa gangguan dan kefokusan tahap Bobo. Jangan study diantara tempoh peralihan ASAR-MAGRHIB kerana waktu ini adalah waktu setan2 sgt aktif,selain waktu sejam sebelum zohor,lebih elok ko pergi bersenam and etc.Jangan tidur.

Tulisan


Hahahaha!!!! Khas kepada kaum Adam. Ya,kamu tahu tulisan kamu (budak lelaki) memang kebanyakannya buruk. Kau seorang ja kadang2 bole baca dan paham. Kenapa aku cakap tulisan mempengaruhi kejayaan untuk mencapai CGPA yagh gempak?  Tulisan yang chantek,ko sendiri secara automatik berselera untuk baca,so kalau tulisan ko chantek,ko akan rajin baca2 nota2 yang ko salin. Tulisan yang kemas dan chantek juga banyak kelebihannya.  Contoh,toyol. Kalau tulisan ko chantek,toyol ko juga akan senang dibaca,cuba ko bayangkan,tyme test,ko bukak toyol ko,tp ko ambek masa mau paham,sudahlah tyme tu adrenalin ko mencurah dgn laju,otak ko jugak akan susah berfikir secara terkawal,dan kau akan mula panik. Ini memang sgt tidak elok ketika menjawab dalam test. Masa sgt berharga,dan benda2 macm ni amat merugikan. Sekaligus memberi impak negatif (bukan  maksima)  terhadap test yang kau ambil itu. So,mula dari sekarang, belajar untuk menchantekkan tulisan anda.Pasti berkesan.


Hubungan dalaman
Ok,tips ni aku rasa paling licik.Lebih licik menggunakan toyol. Tapi bila ko berjaya buat hubungan dalaman ni,  hidup ko nescaya lebih senang,x payah study 16jam satu hari. Maksud aku hubungan dalaman ialah,ko berhubung atau cari kabel dgn org2 yang kerja di jabatan peperiksaan,haha!! Paham x? Kan kan kan. Kan lebih senang kalau ko dah tahu soalan jenis mcm mana keluar dlm exam nnt,x payah pikir banyak,relaks ja,full mark tu memang dalam tgnlah.

Aplikasi
Untuk ingat segala macam rumus atau apa2 yang berkaitan dengan pembelajaran ko,aplikasi memang jalan yang mujarab. Sebagai contoh, rumus bagi Hukum Newton Ke-2 adalah F=ma. So ko aplikasikan F=ma dalam kehidupan seharian ko,ko gantikan F=ma dengan perkataan babi,so bila tiap kali ko nak sebut babi ko akan sebut F=ma

Budak tu macm F=ma lah!

Gua tgk muka lu dah macam F=ma!



F=ma!





Bersedekah



Benda ni memang memakan belanja sedikit,tapi amat mujarab. Apa yang aku maksudkan dengan bersedekah? Begini,setiap kali quiz,test,atau exam,ko sediakan duit at least 50rm. Then sebelum ko hantar kertas jawapan ko,ko kepilkan wang kertas tersebut besertakan memo "sumbangan ikhlas :)".  Sama ada ko dapat A atau kena buang kolej terus. Tapi hidup ni kena gamblekan? X hidup la kalau xda gamble2 ni.






*sekiranya ada diantara anda mengamalkan 10 tips ini kemudian mendapat keputusan yang positif dan rancak,sila bagi respon anda terhadap saya yang mengambil masa seminggu utk memikirkan tips berguna utk tatapan umum ini.

2 ulasan:

Femmy berkata...

nice. toyol tu kertas periksa ya?

qierana berkata...

Bukanlah,toyol tu nota yg dilipat kecik-kecik yg membntu kita dikala kesusahan ;)