Selasa, 21 Jun 2011

Cerita 3 ekor babi.

Di suatu bukit yang diselubung rumput segar menghijau seperti padang golf,hidup 3 ekor babi.Serumah,sehati dan sejiwa.3 ekor babi ini adalah sepupu.Mereka lahir pada tahun yang sama.So,mereka sebayalah kan? Easy math. Nama babi-bai ini adalah Mumui,Bubui dan Ququi.Chumellkan nama dorg ni.

Mereka bersaudara ini hidup saling bantu-membantu,hormat-menghormat,dan kasih-mengasih. Mereka hidup dalam kegembiraan,keseronokan dan keghairahan,walaupun mereka sedar mereka ini babi. Namun begitu,kehidupan mereka terasing dengan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di bawah bukit itu. Kampung itu dinamakan kampung manggis,sebab kesemua penduduknya adalah manggis,dan jiran terdekat kampung ini adalah kampung pisang,yang jaraknya memakan masa 3 hari untuk sampai. Untuk pengetahuan pembaca,kampung manggis ini tidak ambil port sangat pasal kampung pisang,dan sebaliknya,kecuali pada musim buah,sebab ada pelawanan persahabatan ping-pong antara kedua-dua kampung yang mana kg.manggis x pernah menang.

Ok,dipendekkan cerita.

Penduduk kg.manggis tidak suka dan sangat benci dengan 3 babi ini,sebab mereka babi.Sejak zaman nenek moyang mereka lagi penduduk kg.manggis diajar agar tidak berkawan mahupun berkomunikasi dengan 3 ekor babi ini. Mereka akan memberitahu anak2 mereka bahawa babi ini jahat,makan tahi dan tidak mandi.tapi sebenarnya tidak,3 babi ini sgt baik,hanya makan ulam dan mandi 6 kali sehari di kawasan tadahan di puncak bukit. Cuma kaum manggis ini stereotaip. Bodoh punya manggis,sudahlah hitam,dengki x sudah.

Jangan tanya aku berapa umur 3 babi ini,jgn tanya mana mak bapak dorg mana,ko baca ja!  

Aku pendekkan cerita lagi.

Sebenarnya,dalam diam,kg.pisang yang diketuai Hisham Tanduk(jenis dari pisang tanduk) telah membuat perancangan rapi selama 53 tahun untuk menakluki tanah kg.manggis. Habislah kg.manggis yang dipenuhi dengan orang yang dengki x sudah.Ketuanan manggis akan musnah dan pupus selama-lamanya seperti tamadun atlantis.

 Kg.Manggis diserang!

Bala tentera dari kg pisang telah menyerang.Lengkap dengan bazooka dan machine gun 50 kaliber jenis M2 dan pelabagai jenis senjata lagi,kg.manggis tidak boleh berbuat apa2. Mereka hanya mampu melihat rumah mereka terburai akibat pitikan tepat dari bazooka askar-askar pisang. Tangisan dari anak kecil dan kaum wanita memenuhi malam yang derita itu. Bulanpun ketika itu bersembunyi kerana tidak sanggup melihat kekejaman dari rejim pisang itu.

Atas desakan,ketua kg.manggis menggagahkan diri dan menebalkan muka menaiki bukit untuk meminta pertolongan 3 babi itu. Pada mulanya mereka menolak,kerana layanan teruk dari kg.manggis itu. Buat apa mereka ingin menolong kepada kaum yang bangang dan dengki x suda ini? Tapi disebabkan perikemanusiaan dan rayu tangis dari ketua kg.manggis yang jengkel tatkala mereka sedang bermain saidina,mereke bersetuju menolong,tp dengan syarat...

Jangan panggil kami babi,tapi Mumui,Bubui dan Ququi.
Hapuskan mitos kami jahat,makan tahi dan kami tidak mandi.
Tapi kami baik,makan ulam dan mandi 6 kali sehari di kawasan tadahan.


Persetujuan dimeterai.Ketiga-tiga mereka turun ke kaki bukit menolong kg.manggis menentang penjahat-penjahat dari kg.pisang. Dengan skill ultimate mereka,memuja Inferno turun dari langit,jurus hikmat kame-hame-ha,dan Mumui yang bertukar menjadi HULK,dengan senang menghalau penjahat-penjahat dari kg.pisang ini.

Kg.manggis aman kembali. 3 babi itu naik ke bukit kembali. Sejak dari hari itu,kelibat 3 babi itu tidak kelihatan lagi,walaupun suda 418 tahun mereka mencari diserata bukit itu.Dan 418 tahun itu juga penduduk kg.manggis hidup dalam keadaan bersalah,menyesal,tiada revolusi,tiada pencapain saintifik dan terasa bangang sekali atas perbuatan hina mereka itu.

Sekian.

Moral : Babi juga makhluk tuhan,ada hak untuk merasa kebahagian.
 

Ahad, 19 Jun 2011

Bersih 2.0

Ke jalan raya sebelum pilihan raya. Itu salah satu slogan yang tertera dalam kempen Bersih 2.0. Dan 9 Julai ini kita bakal melihat suatu peristiwa bersejarah di negara kita ini. Dikatakan yang menyertai perhimpunan ini sebanyak ratusan ribu. Tiket bas juga dikatakan sudah habis pada 7 dan 8 Julai dari Kelantan,Kedah dan Perak. Ini adalah desas-desus. Tapi masih logik.Kan? Dengan bertemakan pilihan raya adil perhimpunan ini diadakan.

Tapi,adakah budaya demonstrasi ini relevan dan berkesan?

Kenapa pulak tidak,lihatlah di Mesir,bagaimana demonstrasi menghalau Mubarak dari tanah itu.Tapi itu di Mesir. Mereka ada Kefaya yang telah ditubuhkan pada 2004 atas alasan memperjuangkan hak ekonomi dan politik rakyat Mesir.Dan setelah 7 tahun barulah hasilnya dilihat.BERSIH?

Aku bukan tidak bersetuju,tapi masih ada sedikit ragu terhadap demo ini. Sedikitlah.Tapi,still ingin melihat demo sedemikian. Best apa kita riot beramai-ramai. Baru remaja bila terlibat dengan aktiviti sedemikian.Kalau kau lihat gambar-gambar demo BERSIH yang lalu,kebanyakan remaja yang terlibat adalah pemuda-pemuda PAS.LOL!
Bayangkanlah,remaja patern sedemikian riot.KAH KAH KAH! Di mana punkers? Di mana Boots Boys? Di mana Hip-hopers? Hip-hopers? Erm abaikan.

Ok,serius sikit.Dalam Islam,agama rasmi negara ini,tidak kisahlah ada yang ckap Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu,adakah demonstrasi jalanan seperti ini di galakkan? Pernahkah kamu dengar zaman nabi2 dulu ada pengikut-pengikut nabi berdemo di jalanan(tyme tu jalan raya mana ada,anggap la susur jalan padang pasir dan hutan itu jalan raya) sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka? Musyawarah adalah jalan yang lebih di cocok tyme itu.

Tapi ada ulama-ulama Pas yang turut hadir dalam BERSIH yang lalu.

Hmm,kalau ada ulama2 yang hadir,maka demonstrasi ini tidaklah haram hukumnya.Sebab ulama-ulamapun ada turut riot bersamaMereka lebih arif..Bagi aku,kalau ia bertukar menjadi rusuhan mungkin boleh jadi haram.Ya lah,sebab vandilisme akan berleluasa,kerana mereka ini semua berkongsi satu perasaan yang sama. MARAH! Marah dengan sistem yang ada.Kalau tidak marah tidaklah mereka berdemokan?

Di Mesir dan Tunisia mereka berdemo.Mereka ini mukanya lebih Arab dari kita,lebih dekat dengan salasilah Nabi,so mungkin demo ini suda ada fatwa yang kukuh bahawa ianya tidak bertentangan dengan Islam.Boleh pakaikah point aku ni,mcm bangang ja.

Halal atau haram,boleh berubahkan? Bergantung pada situasi.So mungkin berdemo ini halal sekiranya pemimpin asyik pakai duit rakyat untuk satu benda yang bangang.

Abaikan isu halal haram ni. Kalau dah nak dibuat,dibuat jugak!

Tapi,apa reaksi geng-geng kerajaan? Takut? Mestilah,kerana ini adalah kebangkitan rakyat secara besar-besaran.Dan sekiranya beratus ribu yang hadir seperti di war-warkan,memang mampus FRU dan abang-abang polis,memang x cukup tangan dorang ini.Tapi,sekiranya aku jadi najib,aku akan biarkan orang2 bersih ini berhimpun tanpa ada unit2 keselamatan. Biar mereka urus sendiri demo ini.Biar tiada isu bahawa polis dan FRU bertindak kejam dan melayan kami seperti hewan.HAHAHA! Biar mereka tangani perbalahan dengan geng-geng yang tidak bersetuju akan BERSIH ini seperti PERKASA. Aku nak tgk,seaman mana demo ini. Se-profesional mana mereka berdemo.Mau ikut2 Mesir konon! Kita tengok,ada x kerosakan harta benda awam.SeBERSIH mana demo ini,ada tak sampah dan puntung rokok dari pendemonstrasi.Itu kalau aku najib lah kan.

Aku tidaklah membangkan sekeras-kerasnya BERSIH ini,mahupun menyokong dengan sepenuh hati benda ini. Tapi still ingin melihat dengan mata kepala aku sendiri. Aku juga mau jadi sebahagian dari sejarah. Kerana ini mungkin sama level dan mungkin lebih dari demonstrasi Baling.

Apa-apapun.tggu sahaja 9 Julai ini,moga2 aku turut serta.RIOT!!!!!!!!!!!!

Jumaat, 10 Jun 2011

"Hari ini kita gagal, tetapi satu hari nanti, perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan akan tetap berjaya. Percayalah,”- Omar Othman

Selasa, 7 Jun 2011

Akuan berani,sangat berani.

Setelah lebih kurang 6 tahun,kini baru aku berani membuat pengakuan ini. Seperti ada semangat paduka mat salleh merasuk jiwa fragile ini,yg meniup berani supaya maraknya lebih besar dari sebelum ini.Mungkin lepas ini,kamu akan memberi simpati murahan dan berkata,

'Oh,poor u honey.'

Mungkinlah.Tapi inilah hakikatnya.Apa yang telah berlaku 6 tahun lalu,kini berani aku tulis atau suarakan di blog  yang kurang daya intelektual dan pengikutnya.(Pageview all time pun x sampai 2000,oh poor me.) X kisahlah,tp pengakuan ini aku kena buat juga,aku ingin membuat akuan bersumpah,tapi aku kena dapatkan cop dari pegawai daerah,so pengakuan ini hanya di sini,sapa yang baca tu kira beruntung jugaklah.

Ok,enough with all the intro bullshit.

Peristiwa yang tidak seberapa hitam ini berlaku ketika aku berusia 16 tahun,tyme tu,hubungan kelamin pun aku tidak tahu maksud sebenar,ada yg mengatakn hubungan di dalam kelambu secara minimum.

Enough!!!

Ok,ok,aku ceritalah ni.

 Aku telah pindah sekolah.kepada sekolah yang aku rasa sgt lain sistem pengurusannya dari sekolah lama aku yang agak dangdut. Dan,percaya,SANGAT LAIN! Aku rasa seperti masuk sekolah tentera,dan bila masuk asrama seperti sekolah tentera gabungan sekolah agama yang bole dikatakan ekstrim. Masuk2 saja,kami di beri seminggu sebagai minggu pengenalan,dan seminggu lagi minggu orientasi. WTF! Dan dua minggu yang agak kejam itu,aku menyaksikan ramai yang balik ke pangkuan sekolah masing2. Berlari keluar dewan,dgn tetesan air mata yang mencurah,dan meredah apa saja yang berada di depan. Sampai ada yang tersadung,dan termasuk dalam longkang dekat dewan makan,dan nyaris mati lemas.Sedikit hyperbola di situ.

Apa yang berlaku?

Setiap pagi,dalam dua minggu itu,kami di takut2kan,semua cikgu ingin menunjukkan kuasa,kecuali Cikgu Posius (bukan nama betul).Kami di herdik,di maki,di cela. Tidak cukup dengan itu,kami di beri hukuman dengan squat jumpa,tumbuk monyet dan sebgainya yang ada ciri2 latihan ketenteraan. Dalam beratus-ratus pelajar,tiada satupun yang berjiwa rebel gila babi macam Nelson Mandela yang menentang dasar apartheid,bangun dan bersuara.

Kamu semua boleh pergi mampus!! (sambil keluar baju yang di tucked in,dan menyalakan rokok dan keluar dari dewan). Gila cool sapa yang berani buat macam tu.

Semua hanya rebel dalam hati,termasuk aku,yang mencarut dan memaki hamun dengan beribu kosa-kata. Ya,lah,umur baru 16 tahun,yang dilawan semua baya ibu-bapa.Bukan takut tapi hormat.Sepanjang dua minggu itu,terasa kami diperbodohkan oleh mereka yang bertakhta cikgu ini. Terasa amat bodoh.Lebih bodoh dari budak yang korek hidung kemudian jilat,dan cakap,x manis pun.

Aku x tahu,apa yang buat aku menapak dua tahun di sekolah itu.Peraturan sekolah pun x remaja langsung. Yang lelaki kena berambut botak macm banduan,dan perempuan kena pakai tudung tutup dada,dan kena pakai baju dalam. Sexy apa kalau rambut panjang2,lagi2 di dread-lock kan rambut itu.

Sepanjang lebih kurang dua tahun,aku bersekolah untuk mendapatkan sijil SPM di sekolah yang mengutamakn disiplin berbanding dasar intelektual itu,apa yang aku rasa hanya seperti dalam penjara.Hidup dalam ketakutan. Rotan dan makian itu sudah biasa. Hari persekolahan macam di kampung yang dikenakan darurat. Tiada keseronokan. Namun,aku terpaksa bersekolah juga,demi SPM. Aku rasa,pasti ada yang menangis di dalam tandas disebabkan ketegangan yang wujud.Aku rasalah.

Disiplin,disiplin,disiplin.

Kalau betul disiplin cenggini boleh merobah masa depan kami cikgu,kenapa ada kawan saya berhenti sekolah dan mengambil dadah jenis Methamphetamine? Disiplin yang cikgu2 semua ingin terbitkan menghasilkan tegangan. Macam mana kami boleh berdisiplin sekiranya ketakutan kami di jadikan modal untuk cikgu2 semua jaja. Ketakutan kami di jaja agar kerja cikgu mentadbir senang. Akhirnya,lahirlah insan yang hanya menurut kerana takut dan paksaan,bukan kerana kami telah matang dan tahap intelektual kami semakin meningkat.Tengok sekarang,apa yang telah kamu hasilkan? Berapa ramai dari kami mendapat bantuan pendidikan untuk menyambung pelajaran? Berapa ramai dari kami yang dapat melanjutkan pelajaran secara profesional? Paling penting,berapa ramai dari kami yang boleh bercerita betapa seronoknya alam persekolahan kami dulu?

Apa yang aku ingin sampaikan,sistem mendisiplinkan pelajar melalui ketakutan adalah satu cara yang sangat gagal.Kalau betul sistem ini dapat merobah masa depan kami cikgu,sudah tentu gambar profail facebook saya  berlatarkan berlin wall.

Rabu, 1 Jun 2011

MInd Fuck

Sebenar mana sumber,medium,pengaruh,informasi yang kita dapat pada hari ini? Benarkah apa yang kita dengar hari ini,itu adalah fakta,malar,dan autentik.Kamu percaya? Bulat2? 100%? Jangan.Sebab kebanyakan apa yang kita kunyah,telan dan hadam pada hari ini adalah MIND FUCK semata-mata.

Tiada yang MIND FUCK,melainkan MIND FUCK semata-mata.

Kita semua selalu kena MIND FUCK,bgn pagi2,baca surat-khabar,dengar kawan2 sebaya cerita,minum kopi di kedai kopitiam yang harga melampau,itu semua sebahagian dari rutin peng-MIND FUCK-an

Pergi sekolah,cikgu pulak MIND FUCK.Maki hamun sebab keputusan peperiksaan dapat 12/100.(kalau kau dpt 12% bermakna ko kena  MIND FUCK 12%,kalau 100% hehe) Dalam kelas  kena MIND FUCK,dgn penyebaran ideologi,banyak A baru boleh jadi insan berjaya. X bnyk A otak kau bodoh,makan sampah. Rambut pendek,kemas,baju gosok,kasut putih itu baru pelajar namanya.MIND FUCK!!! 

Saluran informasi.Semua MIND FUCK.Berita,iklan,slot drama,rancangan pendidikan,apa lagi? Oh ya,rancangan bersunsur seni,lagi2 program realiti TV,sgt  MIND FUCK.

Habis tu,nak percaya yang mana kalau semua  MIND FUCK ? Al-Quran.(aku terfikir nak tulis benda ni,tp x payahlah,kena panah petir aku) Tapi sebagai muslim benda ni xpayah mau mentionpun sebab smuapun sudah tau kan? Aku pun x layak lagi mau bukak bab2 cenggini.

Kita sambung...

Nak dengar cakap pemimpin? Lagilah  MIND FUCK! Ada ja alasan yang di beri atau fakta mi segera yang di buat kalau ada benda yang melibatkan ke tidak puas hati-an rakyat,rakyat miskin,rakyat yang miskin gila babi tapi xda kuasa dan kalau dorg nak mengadu atau mengeluhpun cuma hati dorang ja yang dengar dan paham.

Habis tu,nak percaya yang mana kalau semua MIND FUCK ?

Tapi tidaklah semua   MIND FUCK,masih ada lagi yang jujur,fatanah,mulus lagi suci.Tapi di mana mau dapat? Di mana? Celah kangkang? eee lucah!

Di negara kita ini,aku rasa bnyk,masih banyk benda yang suci,masih perawan untuk dijadikan rujukan kita. Yang masih tidak tercemar,tapi aku ada rasa takut jugak,sebab makin lama,jenis2 yang macam ini,yang masih perawan mungkin akan berkurangang sebab pemerkosaan dan mcm2 teknik lagi untuk menghilangkan perawan ini dari pihak yang suka  MIND FUCK kita.

Langkah pertama untuk mengurangkan gejala  MIND FUCK ini,berhenti mengeluarkan duit saudara2 sekalian dengan membeli bahan bacaan picisan dan tabloid merapu anjing yang sedia ada di negara kita ini. Aku x cakap jangan beli harian metro,mangga,urtv dll.