Jumaat, 28 Ogos 2009

Akulah Jebon, Wira Nusantara.

Akulah Jebon, Wira Nusantara,
Sudah lama aku berjuang tanpa penghargaan,
Tidak mengapa,tapi sampai bila? Sampai mati?
Biarlah,demi bangsa aku korbankan apa saja.
Tapi,berbaloikah? Mereka akan sedarkah? Bila ?
Adui,bangsaku,onyengku,datukku,bapaku semua,
macam aku hanya untuk kamu.
Apa mereka dapat? Penat.
Ini tanah kita,tapi mereka pula macam babi, apa hal!
Kita bertoleransi mereka tidak berterima kasih, apa hal!
Bahasa kitapun tidak fasih dan peduli,apa hal!
Kita diam,tambah menjadi-jadi,apa hal!
Biarlah, aku sudah lakukan apa yang mampu.
Lagipun sekarang bos mahu kita hidup harmoni,konon.
Hidup gembira bersama-sama,tanpa prejudis. (ingat pergi gotong-royongkah?)
Apa boleh buat,bos mahu begitu.(kau boleh pergi mampus…!)
Apa-apa halpun,aku tetap sayang agama,bangsa, dan negaraku ini. (siapa peduli? Bodoh!)

Isnin, 24 Ogos 2009

Hutan harmoni.

Bulan dengan cahayanya
Harimau dengan ngaumannya
Unggas dengan kicaunya
Malam tak akan indah tanpaku,
Hutan akan sunyi tanpa suaraku,
Tapi hutan ini rajanya adalah aku,
Perdebatan bermula,
Masing-masing menunjukkan kuasa,
Tapi mereka sudah lupa,
Lupa bahawa menjadi penumpang sementara,
Setiap hari mereka lupa,
Bodoh…! Tidak sedarkah penumpang lain senyum gembira…

Mereka gembira.

Ketika itu merupakan hujung minggu,dan aku menghabiskan hujung mingguku di situ. Aku bediri sambil menyaksikan sekumpulan manusia. Mereka juga sepertiku,cuma cara kami berbeza. Memang berbeza. Aku perhatikan mereka ini. Mereka dalam suatu sistem yang tertutup. Aku ? Aku melihat dari tempat tinggi sedikit. Ku rebahkan dagu ini pada tangan yang bertindih,sambil bola mataku bergerak bebas.

Ku perhatikan mereka satu persatu. Bergerak rawak dan laju. Bagi yang pertama kali,dinding kaca dijadikan pegangan. Mengorak langkah dengan perlahan dan berhati-hati. Aku juga seperti itu dulu. Sekarang ? Mungkin masih sama. Macam-macam dapat dilihat. Ada yang berpegang tangan,pasangan-pasangan,inilah masanya. Romantikkan? Ada yang beramai-ramai berpegang sesama sendiri. Itulah gunanya teman.Ada yang mengharunginya bersendirian. Di satu sudut,dia belajar seorang. Cekal sungguh. Yang ahli ada juga memberi tunjuk ajar. Aku mengubah pandangan. Jelas di bahagian tengah dia berpusing,menggerakkan kakinya,memainkan tangannya. Aku teruja. Sikitlah. Jika dibandingkan,sudah mesti dia di lapisan yang lebih sedikit dari majoriti di situ. Orang lama mungkin.

Atas, kiri,kanan,bawah.Oh,bukan aku seorang yang melihatnya. Melihat manusia bergembira bersama saudara,rakan dan kenalan mereka. Memang gembira,mereka ketawa,mereka senyum,walaupun ada yang kelihatan takut-takut,aku rasa mereka tetap gembira. Mereka jatuh,tersungkur,berlaga sesama, tapi walau teruk manapun mereka jatuh,tersungkur,berlaga,mereka tetap bangun. Tidak kiralah berapa kerap mereka mengulangi benda yang sama,tetap bangun.Tetap ada tangan yang menghulur untuk membantu. Kemudian mereka sambung semula,kegembiraan mereka.Senyum dan ketawa.

Isnin, 3 Ogos 2009

Kita...

Kita memang berpijak di tanah yang sama,
Dengan itu,tak kisahlah siapa,
Kita jatuh bersama,kita bangun bersama,
Kerana hanya itulah caranya,
Tak kisahlah di mana kita berada,
Kita saling kasih-mengasihi,
Walau berbeza idealogi,
Kamu tahu?
Bila bangsa lain mencipta sesuatu,
Kita akan mencuba,dan ingin mencubanya,
Seni mereka kita hayati,
Jamuan mereka dinikmati,
Jadi,apa yang mereka ada,
Teknologi mereka,didikan kepada anak mereka,
Cara jagaan waris mereka,
Saling hormat dan kasih sesama sendiri,
Apa masalah kita? Kenapa tidak kita?
Mereka hidup dalam dunia kami, bukan aku,
Kita tak akan terangi apa-apa,
Sehinggalah kita perolehi asas yang tepat,dan daya yang kuat,
Yang memang tak akan dapat,
Tapi,bersiap sedialah,kerana kalau berlaku,
Hari itu adalah hari baru bagi negaramu.