Sabtu, 28 Mei 2011

Supernatural.



Layan tv series ni? Best? Kalau kau cakap x best aku tahu kau mesti yang jenis tgk Gerak Khas dan Spa Q ni. Tapi Nur Kasih,xpa. Bagi yang x tau kewujudan series ni,boleh la google o start download.Give a try.Worth it.
Tapi bukan semua boleh masuk cerita ni,yang jenis berpegang teguh kepada agama mungkin akan sedikit sesat (tidak paham) bila menonton. Mungkin dia akan buat spekulasi ejakulasi pada kepala otak dia dan kepala otak orang lain.


Cerita ini merosakkan,memesongkan dan menghancurkan akidah!
Cerita ini HARAM!
Tgk cerita ni umpama menempah tiket ke neraka!

ZZZ.

Cakap pom pom-pom pom,tp 6 season habis dia bantai satu malam.

Ok,cerita ni best,serius shit.Aku memang mula follow dari season 1 lg,tp tyme season 1 xda la se-bullshit macam season 6 ni. Aku tgk pun,suka hati dorang ja buat cerita,kadang2 rasa bangang jugak series ni,tp still best.

Kalau nak tgk,just for fun sajalah,x payah fikir dalam2 sgt. Nnt mulalah mencarut,buat spekulasi ejakulasi bangang,buat hukum sendiri. Lepas tu cakap,propagandalah,yahudi mabok lah,freemesenlah,eh macam2lah!

Perspektif saya,benda ni x memesongkan akidah langsung. 1 darjah pun x terpesong akidah aku, yang aku rasa dah terpesong 15.78 darjah. Itu cerita lain,komitmen,komitmen,komitmen.
Kenapa aku ckap x memesongkan? Sedangkan,dalam series ni,malaikat dan manusia mempunyai satu ikatan perasaan. Dan ada hubungan secara tidak langsung antara malaikat-setan-manusia.
Hubungan setan-manusia memang wujud,dan selalu jugak kita tgk dlm berita. Yang rogol2 kanak tu setan lah tu,tp yang buat manusia.

X masok bab Dean have sex with angel,Sam maen dgn Ruby the setan. Angel chomolot dgn demon. HAHAHAHA! Gila fucked up series ni. Tapi aku cool ja,masih boleh terima ke-biodeversti-an cerita ni. Sudah nama cerita,x ada batasan dan sempadan. Lagi2lah kalau dah nama buatan Amerika.

Tapi kalau otak ko jenis yang slalu cakap,haram! Rosak Akidah! Propaganda! Memang jadi haram jadahlah cerita ni. Tapi,ini apa yang aku rasalahkan,apa yang aku tgk. Banyak benda baik dalam series ni. Dan aku rasa tema bagi series ni bukanlah pasal hantu2,tapi lebih mengangkat kepada
pentingnya keluarga dalam hidup ini. SEE? Tgk,bukankah elok series ni kalau kita fikir secara halal-jadah!

Sam dan Dean adalah adk-beradik,dan dari season1-6,besar dan celaka macam mana pun masalah hubungan dorg ni,tp still,series ni tunjuk "Family Matters". Sam & Dean tetap bersama-sama,pukul setan,cantas kepala vampire,rembat muka milwakee,bycicle kick leher angel,bagi tumbukan padu maut kat shapeshifter.Ok,aku lebih-lebih.

Tapi,pahamkan,tema series ni? Bukan setakat itu ja yang ditunjukkan,cerita ni jugakk tunjuk,kita sebagai manusia ni,patut mnolongdan melindungi sesama. Itu yang ada dalam perwatakan Sam & Dean,dorang x kesahpun dorg kenal atau tidak,ada hubungan kekeluargaan dan selalu bersikap rasional.Bukan rasionalisasi ya,itu baru betul propaganda.Ppaganda melalui bisikan babi.

Konsep Qada & Qadar juga ada,cuma direview melalui metod yang berbeza dari Islam. Dan sedikit fucked-up.Biasalah,sudah nama buatan Amerika.Tapi drama buatan Melayu,lagilah,semua mau berlatarbelakangkan kerja projek juta-juta. Buat cerita mistik lagi gila2 punya,objektif macam ingin menakutkan kita,dan akhirnya menyuruh kita jgn buat itu dan ini. Macam mau masok? Orang tgh takut seram gila babi,dia bagi nasihat plak.

Tapi,masih,Supernatural akan jadi salah satu series kegemaran aku.Menemani Angel,series puntianak yang ada roh tu.Dan watak Sam & Dean tu betul2 bagi aku impak tyme nonton. Watak yang gempak dan cool. Cool gila babi!!!

X bolehlah aku cakap,rugi kalau x tgk. Tapi kalau kau rasa kau open minded punya budak,silakan. Tapi kalau ko rasa kau budak yang terlalu Islamik,alergik dgn perkataan babi,suka cakap itu ini haram,penyokong  ekstrim Pas,anti kafir,anti yahudi,anti india,sensetif bila dengar agama lain lebih praktikal,aku rasa kau pun patut tgk. Pandai sikit kau berfikir nnt.

Ahad, 8 Mei 2011

9 bulan kau bawa aku.
mengheret badan longlai yang di paksa kuat,
demi aku,

bila aku buka mata,
kali pertama,aku tau aku sedang melihatmu,
dan aku boleh bayangkan kau bagi aku senyuman,

kemudian kau bagi aku tempat berteduh,
mandikan aku,susukan aku,dan pujuk aku,
bila aku menangis.

kini,
giliran aku pula memberi semua itu,
terima kasih mak.

Isnin, 2 Mei 2011

Kuatkan semangat anak-anak muda.



To the man and woman who chose to conceive a child, the result of which was me, when it fit in with their five year plan;

To the teachers who never really cared, no matter what they say;

To my fellow geeks, dweebs, et. al., who will no doubt receive more abuse upon my passing, as my tormentors will no longer have me to kick around; 

To my fellow students who made my life a living nightmare when they should have focused on their education;

To those who never cared, never spoke, probably never knew my name;
To the one true friend, whose caring was the only thing that prevented this even from happening sooner;

To the God, if he does exist, who chose to play a cruel, cruel joke on me when he placed me where he did and surrounded me with so many uncaring faces;

To all of you, goodbye.





Surat ini kononnya surat yang ditulis oleh seorang remaja sebelum dia bunuh diri.Kononnya.
Ya,memang hidup ini fucked-up.Lagi fucked-up bila ko tengok org lain boleh senyum girang sambil jalan berirama. 


Habis tu,mau salahkan tuhan? Kalau kau dah sampai tahap begitu,dah sampai tahap kenapa kau buat aku bgini ya tuhan ku. Memang patut kau kelar urat nadi. Terjun bangunan. Gantung diri.


Bodoh!


Dulu,sebelum dilahirkan,ko jugak yang cakap dengan tuhan,janji dengan tuhan,sanggup untuk hidup di bumi tuhan. Sekarang? Salahkan tuhan pulak.


Bodoh!


Jangan pernah menyesal dengan perjanjian itu.Jangan.Buktikan dengan tuhan,kau boleh buat. Buktikan yang kau bukan lemah.Jangan munafik.Jangan jadi macam politikus-politikus melesia. Suka janji-janji manis.


Sekarang kita perlu kuatkan semangat.Ya memang kita ini lemah,lemah berbanding ifrit,dan jibril. Tapi ingat,kita ada kawan manusia yang lain.Kawan yang sentiasa ada tepuk bahu kau dan senyum.


Kalau kau rasa hidup kau fucked-up,kau akan malu dan hina bila lihat ada insan yang lebih fucked-up tapi masih tersenyum menapok beban,parut dan duka mereka. Sebab,mereka juga tahu ada yang lebih fucked-up dari mereka.








Be strong all my teenage mate!





Ahad, 1 Mei 2011

Selamat Hari Proletariat.

1 May,hari pekerja,hari buruh atau hari kuli sedunia. Terima kasih Australia yang menjadi perintis. Gembiralah kuli2 seluruh dunia. Cuti lagi...

Tapi kaum2 buruh di Melesia ni taukah apa konsep perjuangan hari buruh ni?

'Untuk kerja 8 jam!!!'


Ya,betul,pandai! Kerja 8 jam sehari yang diperjuangkan. Cincai kira,kerja 8 jam,tidur 8 jam,tidak tidur dan kerja 8 jam. Ya,matematik aku hebat,x payah puji.

Tapi....

Di negara kita ni,layakkah para penjawat kerajaan untuk cuti? Sedangkan mat-mat dan minah-minah kilang terpaksa kerja,mahupun ikut shift biasa-gaji biasa,atau overtime-gaji triple. Sedangkan mereka yang memburuh di syarikat2 kapitalis,mereka yang mengangkut sampah,menyapu jalan,pekerja2 kontrak(buruh kasar) juga terpaksa kerja.

Bolehkah kita nilai atau label,mereka yang bergelar org kerajaan ini sebagai kaum proletariat? Atau buruh? Memang betul mereka kerja 8 jam,tp betulkah dalam 8 jam itu mereka bekerja?

Kaum kerajaan,gaji basic 800rm,pakai SPM,tambah elaun boleh cecah 1300rm.
Kaum kerajaan senang buat pinjaman dengan bank dengan kadar bunga yang rendah.
Kaum kerajaan akan cuti bila ada tarikh yang di umumkan sebagai cuti umum di negara kita.
Kaum kerajaan kerja dalam keadaan lebih kondusif.
Kaum kerajaan lebih senang mendapat suntikan insentif,kenaikan gaji dan peruntukan elaun.

Bolehkah mereka ini dilabel sebagai kaum proletariat atau kaum buruh?

Mungkin.

Bagi aku,sudah tidak ada apa yang perlu mereka perjuangkan,sudah tidak ada yang perlu di keluh-kesahkan,macam sudah menghampiri sempurna.

Sebab,mereka yang aku anggap pure proletariat,masih kuat dan tekun memburuh,tanpa keluahan,tanpa bising dan tanpa apa2 demonstrasi untuk kerajaan dengar betapa fucked-up nya hidup mereka memburuh.

Kau kerja kerajaan,kalau bising lagi,kerja teruklah,bos mcm babilah,itulah,inilah,kau masuk neraka.LOL!

Lagi satu,kamu kaum kerajaan ni,betulkah kerja? Kenapa servis khidmat pelanggan mcm servis Khulafa Bistro,lembab. Kenapa premis mcm pejabat2 kontraktor kelas C? Kenapa aku rasa kalau lepak premis kerajaan,macam berurusan dengan pejabat kedutaan negara dunia ketiga yang mana musik tidak digalakkan?
Semua muka masam,serius,monyok,macam muka macik jual karipap tyme aku di penang dulu,tu lah karipap dia x laku,muka ketat sentiasa.Padan!

Ok,aku mula merepek,merepek bnda yg x ilmiah lg intelektual.

Bginilah,biar aku neutral kejap.X semua mereka ni mcm apa yang aku fitnahkan,x semua,cuma ada SEGELINTIR saja yang xda profesionalisme tyme kerja,yang suka lunch-break lama2,suka tangguh2 urusan,dan segala macam benda yang jahat.

Apapun,hari ni,1 MAY,SELAMAT HARI BURUH aku ucapkan kepada semua pemburuh2 di seluruh dunia, kepada brada yang kerja bawa lori gas,kelindan,macik cleaner,buruh2 binaan imigran,pekerja katering,pacik tukang repair kasut tepi jalan,macik2 yang jual rokok tepi jalan d Tawau,peniaga2 warung,dan tidak lupa,pemburuh yang paling cool,yang maha penting dalam hidup aku,salah satu influence aku, ,SELAMAT HARI BURUH ABAH!!!! A HAIL AND SALUTE FOR U!!!

anggap ja bendera tu bendera melesia