Jumaat, 23 November 2012

Momen pertama.

0330 : Lorong Jalan Harmoni 2

Pemburu mengejar mangsanya. Perempuan curang kelas C,bayaran paling murah yg ditawarkan pemburu. Sudah 2 minggu dalam pemerhatian,dan tiada tangguhan masa lagi untuk menghukumnya. Lagipun,bayaran penuh telah dibuat,dan memang protokol,bayar dulu baru pemburu buat kerja.Ini sifat pemburu,yakin. Dia yakin tiada perempuan curangpun yang dapat lari dari hukumannya.

Pemburu cuma berjalan laju,sedang perempuan curang coba lari dengan seluruh kudrat wanita yang ada pada diri curangnya.

Jalan mati.

Takut,menyesal,ingin bertaubat,bercampur dengan nafas yg dihembus laju,dan bertambah laju bila pemburu semakin rapat.Menangis dan merayu bila dia tahu,mungkin dia tidak berpeluang lagi melihat matahari terbit. Tangisan dan pujuk rayunya makin kuat,dan ada kalanya dia jerit meminta tolong,namun itu semua sudah tidak guna lagi sia-sia.Dia sujud memeluk kaki pemburu,dengan harapan,esakan,dan ketakutan yang padu.

Pemburu tidak ingin membuang masa lagi,buruannya kini di depan mata,nekad dan tidak teragak-agak,tidak seperti dulu.,di mana sifat teragak-agaknya yang masih ada sisa hampir memakan dirinya,oleh polis peronda yang jenis amanah dan berdedikasi dalam perkhidmatan.

Kini,pemburu sudah matang,teragak-agak sudah tidak ada dalam resume-nya.Dia memegang kepala perempuan curang itu. Namun,seperti ada yang memerhati mereka berdua.Pemburu mendongak,dan menutupi penglihatan dengan tangan kanannya kerna silau cahaya yg datang dari bumbung bangunan di depannya.

Matanya tidak dapat melawan silau itu,tapi nalurinya memaksanya untuk melihat dari mana dan apakah silau itu.Gelap lorong itu mula beransur hilang,diganti dengan cahaya yang tiba-tiba muncul,dan sedikit ternganga dan terkebil melihat sumber cahaya yang menyilaukan pandangan pemburu,dia dapat mengamati,ada sekujur tubuh,berambut panjang,dan mempunyai sayap.

Sikap nekad dan tidak teragak-agaknya memang jelas padu dan jitu,tanpa membuang masa dia mengorak langkah yang sangat laju meninggalkan perempuan curang dan sumber cahaya silau itu,sambil menjerit,

"ASTAGAFIRULLAH!!!"


Selasa, 20 November 2012

Sang cupid.

Sudah beribu tahun sang cupid menyaksikan critera chenta,
Dari hang tuah-puteri gunung ledang,sehinggalah yusri-erra,
Chenta yang memisahkan jasad,sampailah chenta memisahkan kemanusiaan,
Chenta adalah darah dan oksigennya,
Tiada chenta,maka busur dan panahnya diusung ke hulu-hilir.

Sampailah suatu masa,memang takdir dan destini,
Sang cupid menjumpai manusia bergelar si pemburu.
Beda besar darinya,si pemburu menghukum mereka yang mengkhianati kesucian chenta,
Ini kali pertama baginya sepanjang beribu-ribu tahun,
Dan dia tertarik dengan manusia bergelar si pemburu ini.

Sabtu, 10 November 2012

Rancak dan Rock & Roll.

Hidup makin rancak,tp masing2 rancaknya lain.
Rancak kau duit mengalir,
rancak perempuan ber-instagram,
rancak anak muda berketawa siang-malam,
rancak ahli-syurga kondem orang x sudah,
rancak si miskin membanting-tulang,
tapi,aku,rancak ku lain macam sikit.
Aku rancak membaca.
Terpaksa,suka dan terbaca.
Tapi bila rancak sgt membaca,memory aku yg cuma 2gb ni sekejap saja penuh.
Wlaupun memori dgn si dia aku sudah buang,hehe.Tapi masih,
Cepat saja penuh.
Bila baca banyak,banyaklah inputnya.
Aku ni,banyak input kenalah banyak output.
Kalau tidak,aku boleh jam.
Macam kena gang-bang.
Tapi x da lah teruk begitu,itu boleh bikin terjun bangunan.
Aku senang saja,bila jam,aku duduk,bakar sigar,sedut nikotin.
Ini untuk input paru-paru aku.

*apa bendalah pemburu tgh buat sekarang ni.

Jumaat, 2 November 2012

Jodoh di mana?

Yang mana tuan dan puan rasa,akan di jawab bila anak tanya,bapak kenal mak macam mana?

1.Facebook. (mgkin bermula dgn poke-ing/like-ing status)
2.Twitter (main mensi2)
3.Jumpa tyme gig/konsert/art event.
4.Jumpa tyme ceramah.
5.Blogger
6.Tepi jalan
7.Bus stop (old school MF)
8.Nenek kamu yg carikan.