Ahad, 2 Oktober 2011

Montfort Boys Town.


Ini adalah sebuah institut.Institut berfundemantalkan agama kristian.Dan gereja sebagai medium insaniah mereka. Aku tahu kewujudan institusi ini setelah berkenalan dengan salah seorang tenaga pengajar mereka yang merupakan seorang india. Menurut india ini,ini ada sebuah sekolah untuk mereka yang bermasalah dari segi akhlak dan sosial. Melalui institusi ini,mereka percaya mereka boleh mengubah mereka yang dianggap bermasalah ini untuk mempunyai tahap sosial yang lebih baik.

http://www.montfort.org.my/section.cfm?id=16

Ok,ini adalah sesuatu yang bijak,intitusi ini suda berumur lebih 50 tahun,bermakna,mereka telah bertapak lama di negara ini,dan mereka sedar lebih awal untuk membentuk penganut mereka agar menjadi insan yang berkualiti,lebih baik dari sebelum ini.Melalui institut ini,mereka akan mendapat sijil setelah tamat,dan menurut india ini,sijil ini agak mahal di luar sana,dan memiliki standard tersendiri. Kita banding dengan pusat serenti. Siapa yang mahu mengamnil mereka yang bebal ini untuk bekerja??

Bila tengok dari segi kewangan juga,mereka menguruskan dengan baik,amat baik,bukan mau membanding-bandingkan,tapi,Islam merupakan agama majoriti di negara kita,tetapi untuk melihat institusi Islam sedemikian,yang mempunyai standard seperti gereja ini,boleh dikatakan sukar. Kebanyakannya adalah madrasah-madrasah yang menghasilkan tahfiz,dan menjuruskan kepada pembangunan rohani. Kenapa tidak mereka lahirkan seorang yang pakar dalam ekonomi?

Kita selalu dengar,ustaz-ustaz ini berkata hidup ini kena seimbang,dunia akhirat. Tapi,kenapa tidak mahu menyentuh politik,bila datang geng-geng PAS, 70% politik pula. Kadang-kadang aku melihat,Islam di negara ini seperti takut untuk memodenkan Islam,Imam muda? Haha,bila melihat Imam muda pula,seperti geli,sebab nampak sangat yang mereka ini terdiri daripada golongan-golongan skema. Macam mana mau masuk dengan aliran-aliran subculture remaja sekarang?

Sudah sampai masanya,para ustaz,imam,cendikiawan Islam di negara kita ini,buka balik Al-Quran,kaji bagaimana institusi masjid digunakan secara maksima,bukan sekadar tempat sembahyang,mendengar ceramah pembaikan akhlak dan rohani,dan tempat membayar zakat,dan tempat untuk bernikah.

Entah bila,orang yang berfahaman macam aku ini,tertarilk untuk menjadikan masjid sebagai tempat lepak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu dirikan masjid dulu...