Selasa, 13 September 2011

Sebenarnya,dia bukan pelacur. Tapi tidak ubah seperti pelacurkan?
Baju biru seakan kain satin yang menampakkan alur buah dadanya,coli merah jambunya,penayangan betis dan pahanya.
Memang.
Kamu akan cakap dia ini pelacur.Sebenarnya tidak,dia bukan pelacur.
Dia cuma janda dan seorang ibu yang terpaksa bekerja di tempat kurang cahaya neon dan berbau masam cuka itu.
Melayan karenah pelanggan yang ingin bergesel-gesel dan menyentuh-nyentuh tubuh yang agak seksi dalam tempat yang kurang cahaya neon itu.
Suatu hari,dia datang dengan keadaan separa sedar,di bawah pengaruh alkohol.Menangis mengadu bersedih.
Tekanan kerja mungkin.
Sebenarnya,gelinangan air mata itu disebabkan dia putus kasih dengan kawan lelakinya.
Bagi lelaki normal,siapa mahu perempuan begini,kerjanya bergesel-gesel dengan lelaki lain.
Tapi sekarang,pelakon porno pun ada yang berkahwin sesama.
Menangisnya hanya sekejap,dia terus memuaskan nafsunya dengan nikotin sejuk dan air cuka yang diperam itu.
Dia gembira dengan kerjanya,mungkin.
Tapi bagi aku,hanya mampu simpati dan belas sahaja.
Apa boleh aku buat,bagi dia wang dapur bulan-bulan supaya dia tidak kerja di tempat yang JIJIK! itu?
Ini baru satu,baru mereka yang digelar pelayan,belum pelacur lagi.
Ini baru satu orang.Di negara yang aman di mana masyarakatnya bersatu padu dan dipimpin oleh orang yang beriman lagi bertakwa,ada beribu-ribu lagi wanita yang berkecimpung dalam bidang ini.
Nampaknya,aku kena jadi jutawan untuk bagi mereka ini semua wang dapur.

Tiada ulasan: