Selasa, 21 Jun 2011

Cerita 3 ekor babi.

Di suatu bukit yang diselubung rumput segar menghijau seperti padang golf,hidup 3 ekor babi.Serumah,sehati dan sejiwa.3 ekor babi ini adalah sepupu.Mereka lahir pada tahun yang sama.So,mereka sebayalah kan? Easy math. Nama babi-bai ini adalah Mumui,Bubui dan Ququi.Chumellkan nama dorg ni.

Mereka bersaudara ini hidup saling bantu-membantu,hormat-menghormat,dan kasih-mengasih. Mereka hidup dalam kegembiraan,keseronokan dan keghairahan,walaupun mereka sedar mereka ini babi. Namun begitu,kehidupan mereka terasing dengan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di bawah bukit itu. Kampung itu dinamakan kampung manggis,sebab kesemua penduduknya adalah manggis,dan jiran terdekat kampung ini adalah kampung pisang,yang jaraknya memakan masa 3 hari untuk sampai. Untuk pengetahuan pembaca,kampung manggis ini tidak ambil port sangat pasal kampung pisang,dan sebaliknya,kecuali pada musim buah,sebab ada pelawanan persahabatan ping-pong antara kedua-dua kampung yang mana kg.manggis x pernah menang.

Ok,dipendekkan cerita.

Penduduk kg.manggis tidak suka dan sangat benci dengan 3 babi ini,sebab mereka babi.Sejak zaman nenek moyang mereka lagi penduduk kg.manggis diajar agar tidak berkawan mahupun berkomunikasi dengan 3 ekor babi ini. Mereka akan memberitahu anak2 mereka bahawa babi ini jahat,makan tahi dan tidak mandi.tapi sebenarnya tidak,3 babi ini sgt baik,hanya makan ulam dan mandi 6 kali sehari di kawasan tadahan di puncak bukit. Cuma kaum manggis ini stereotaip. Bodoh punya manggis,sudahlah hitam,dengki x sudah.

Jangan tanya aku berapa umur 3 babi ini,jgn tanya mana mak bapak dorg mana,ko baca ja!  

Aku pendekkan cerita lagi.

Sebenarnya,dalam diam,kg.pisang yang diketuai Hisham Tanduk(jenis dari pisang tanduk) telah membuat perancangan rapi selama 53 tahun untuk menakluki tanah kg.manggis. Habislah kg.manggis yang dipenuhi dengan orang yang dengki x sudah.Ketuanan manggis akan musnah dan pupus selama-lamanya seperti tamadun atlantis.

 Kg.Manggis diserang!

Bala tentera dari kg pisang telah menyerang.Lengkap dengan bazooka dan machine gun 50 kaliber jenis M2 dan pelabagai jenis senjata lagi,kg.manggis tidak boleh berbuat apa2. Mereka hanya mampu melihat rumah mereka terburai akibat pitikan tepat dari bazooka askar-askar pisang. Tangisan dari anak kecil dan kaum wanita memenuhi malam yang derita itu. Bulanpun ketika itu bersembunyi kerana tidak sanggup melihat kekejaman dari rejim pisang itu.

Atas desakan,ketua kg.manggis menggagahkan diri dan menebalkan muka menaiki bukit untuk meminta pertolongan 3 babi itu. Pada mulanya mereka menolak,kerana layanan teruk dari kg.manggis itu. Buat apa mereka ingin menolong kepada kaum yang bangang dan dengki x suda ini? Tapi disebabkan perikemanusiaan dan rayu tangis dari ketua kg.manggis yang jengkel tatkala mereka sedang bermain saidina,mereke bersetuju menolong,tp dengan syarat...

Jangan panggil kami babi,tapi Mumui,Bubui dan Ququi.
Hapuskan mitos kami jahat,makan tahi dan kami tidak mandi.
Tapi kami baik,makan ulam dan mandi 6 kali sehari di kawasan tadahan.


Persetujuan dimeterai.Ketiga-tiga mereka turun ke kaki bukit menolong kg.manggis menentang penjahat-penjahat dari kg.pisang. Dengan skill ultimate mereka,memuja Inferno turun dari langit,jurus hikmat kame-hame-ha,dan Mumui yang bertukar menjadi HULK,dengan senang menghalau penjahat-penjahat dari kg.pisang ini.

Kg.manggis aman kembali. 3 babi itu naik ke bukit kembali. Sejak dari hari itu,kelibat 3 babi itu tidak kelihatan lagi,walaupun suda 418 tahun mereka mencari diserata bukit itu.Dan 418 tahun itu juga penduduk kg.manggis hidup dalam keadaan bersalah,menyesal,tiada revolusi,tiada pencapain saintifik dan terasa bangang sekali atas perbuatan hina mereka itu.

Sekian.

Moral : Babi juga makhluk tuhan,ada hak untuk merasa kebahagian.
 

3 ulasan:

bukananakbabi berkata...

1st..lulz

qierana berkata...

:]

Tanpa Nama berkata...

babi sungguh!
sungguh babi!

babi sungguh2!
sungguh2 babi!

cuba tanya pada sang khinzir pulak..

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY