Khamis, 7 Julai 2011

Tempat apa ini!

Ini tempat apa!!! Teh o ais saja cecah 1.60rm. Makanan x payah cakap. Otak2 pun 1 seringgit.Gila apa tempat ini. Kos hidup memang gila. Sini,kalau kau kerja pakai SPM,mau kahwin memang gila lama lagi la. Kereta sini juga gila2. Audi TT tu mcm kancil,bersepah.Gila betul.Sebijik 100K,beli di melesia x tau jadi berapa iya.GILA!

Orang sini juga gila,pagi2 dah kejut aku.X hormat betul dengan aku. Pagi2 sudah memekak tekan hon.Gila ka apa! Aku perhati orang-orang sini,setiap hari lepak,minum teh tarik harga 2.80rm,x kerja ka apa.Atau gila! Lagi gila bila melepak x cakap bahasa melayu,melayu-melayu cakap inggeris,cina-cina cakap inggeris,india-india cakap inggeris,korea-korea cakap korea,tp lagi gila Nepal bole cakap melayu.tek prasad siap bole cakap slanga kelantan lagi,min bahadur pula bole cakap melayu slanga cina,ada ma-ma,sbb cina yang ajar dia bahasa melayu. Memang gila!

Apa mereka tidak tahukah apa,bahasa kebangsaan negara ini bahasa melayu,punya cilaka boleh cakap inggeris,ingat coolka.Gila betul! Apa salah kau cakap bahasa melayu,ini negara kau,apa kau tidak sayangkah negara ini.Memang gila betul la tempat ni,aku pun bole turut gila jugak kalau tinggal lama2 di sini. Nama saja melesia,tapi bukan melayu lagi ramai dari melayu,dan aku rasa bukan melesia lagi ramai dari melayu dan bukan melayu.

Patut,orang2 yang ada bipolar,ada gangguan mental dan skizo tggal di sini.Memang ngam untuk kamu yang x suka cakap melayu,biar dorang makan otak kamu yang gila tu.Cincang2,bole buat minced chiken rice.

'Tarra gapo' - Tek Prasad 

Tiada ulasan: