Ahad, 19 Jun 2011

Bersih 2.0

Ke jalan raya sebelum pilihan raya. Itu salah satu slogan yang tertera dalam kempen Bersih 2.0. Dan 9 Julai ini kita bakal melihat suatu peristiwa bersejarah di negara kita ini. Dikatakan yang menyertai perhimpunan ini sebanyak ratusan ribu. Tiket bas juga dikatakan sudah habis pada 7 dan 8 Julai dari Kelantan,Kedah dan Perak. Ini adalah desas-desus. Tapi masih logik.Kan? Dengan bertemakan pilihan raya adil perhimpunan ini diadakan.

Tapi,adakah budaya demonstrasi ini relevan dan berkesan?

Kenapa pulak tidak,lihatlah di Mesir,bagaimana demonstrasi menghalau Mubarak dari tanah itu.Tapi itu di Mesir. Mereka ada Kefaya yang telah ditubuhkan pada 2004 atas alasan memperjuangkan hak ekonomi dan politik rakyat Mesir.Dan setelah 7 tahun barulah hasilnya dilihat.BERSIH?

Aku bukan tidak bersetuju,tapi masih ada sedikit ragu terhadap demo ini. Sedikitlah.Tapi,still ingin melihat demo sedemikian. Best apa kita riot beramai-ramai. Baru remaja bila terlibat dengan aktiviti sedemikian.Kalau kau lihat gambar-gambar demo BERSIH yang lalu,kebanyakan remaja yang terlibat adalah pemuda-pemuda PAS.LOL!
Bayangkanlah,remaja patern sedemikian riot.KAH KAH KAH! Di mana punkers? Di mana Boots Boys? Di mana Hip-hopers? Hip-hopers? Erm abaikan.

Ok,serius sikit.Dalam Islam,agama rasmi negara ini,tidak kisahlah ada yang ckap Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu,adakah demonstrasi jalanan seperti ini di galakkan? Pernahkah kamu dengar zaman nabi2 dulu ada pengikut-pengikut nabi berdemo di jalanan(tyme tu jalan raya mana ada,anggap la susur jalan padang pasir dan hutan itu jalan raya) sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka? Musyawarah adalah jalan yang lebih di cocok tyme itu.

Tapi ada ulama-ulama Pas yang turut hadir dalam BERSIH yang lalu.

Hmm,kalau ada ulama2 yang hadir,maka demonstrasi ini tidaklah haram hukumnya.Sebab ulama-ulamapun ada turut riot bersamaMereka lebih arif..Bagi aku,kalau ia bertukar menjadi rusuhan mungkin boleh jadi haram.Ya lah,sebab vandilisme akan berleluasa,kerana mereka ini semua berkongsi satu perasaan yang sama. MARAH! Marah dengan sistem yang ada.Kalau tidak marah tidaklah mereka berdemokan?

Di Mesir dan Tunisia mereka berdemo.Mereka ini mukanya lebih Arab dari kita,lebih dekat dengan salasilah Nabi,so mungkin demo ini suda ada fatwa yang kukuh bahawa ianya tidak bertentangan dengan Islam.Boleh pakaikah point aku ni,mcm bangang ja.

Halal atau haram,boleh berubahkan? Bergantung pada situasi.So mungkin berdemo ini halal sekiranya pemimpin asyik pakai duit rakyat untuk satu benda yang bangang.

Abaikan isu halal haram ni. Kalau dah nak dibuat,dibuat jugak!

Tapi,apa reaksi geng-geng kerajaan? Takut? Mestilah,kerana ini adalah kebangkitan rakyat secara besar-besaran.Dan sekiranya beratus ribu yang hadir seperti di war-warkan,memang mampus FRU dan abang-abang polis,memang x cukup tangan dorang ini.Tapi,sekiranya aku jadi najib,aku akan biarkan orang2 bersih ini berhimpun tanpa ada unit2 keselamatan. Biar mereka urus sendiri demo ini.Biar tiada isu bahawa polis dan FRU bertindak kejam dan melayan kami seperti hewan.HAHAHA! Biar mereka tangani perbalahan dengan geng-geng yang tidak bersetuju akan BERSIH ini seperti PERKASA. Aku nak tgk,seaman mana demo ini. Se-profesional mana mereka berdemo.Mau ikut2 Mesir konon! Kita tengok,ada x kerosakan harta benda awam.SeBERSIH mana demo ini,ada tak sampah dan puntung rokok dari pendemonstrasi.Itu kalau aku najib lah kan.

Aku tidaklah membangkan sekeras-kerasnya BERSIH ini,mahupun menyokong dengan sepenuh hati benda ini. Tapi still ingin melihat dengan mata kepala aku sendiri. Aku juga mau jadi sebahagian dari sejarah. Kerana ini mungkin sama level dan mungkin lebih dari demonstrasi Baling.

Apa-apapun.tggu sahaja 9 Julai ini,moga2 aku turut serta.RIOT!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: