Jumaat, 23 November 2012

Momen pertama.

0330 : Lorong Jalan Harmoni 2

Pemburu mengejar mangsanya. Perempuan curang kelas C,bayaran paling murah yg ditawarkan pemburu. Sudah 2 minggu dalam pemerhatian,dan tiada tangguhan masa lagi untuk menghukumnya. Lagipun,bayaran penuh telah dibuat,dan memang protokol,bayar dulu baru pemburu buat kerja.Ini sifat pemburu,yakin. Dia yakin tiada perempuan curangpun yang dapat lari dari hukumannya.

Pemburu cuma berjalan laju,sedang perempuan curang coba lari dengan seluruh kudrat wanita yang ada pada diri curangnya.

Jalan mati.

Takut,menyesal,ingin bertaubat,bercampur dengan nafas yg dihembus laju,dan bertambah laju bila pemburu semakin rapat.Menangis dan merayu bila dia tahu,mungkin dia tidak berpeluang lagi melihat matahari terbit. Tangisan dan pujuk rayunya makin kuat,dan ada kalanya dia jerit meminta tolong,namun itu semua sudah tidak guna lagi sia-sia.Dia sujud memeluk kaki pemburu,dengan harapan,esakan,dan ketakutan yang padu.

Pemburu tidak ingin membuang masa lagi,buruannya kini di depan mata,nekad dan tidak teragak-agak,tidak seperti dulu.,di mana sifat teragak-agaknya yang masih ada sisa hampir memakan dirinya,oleh polis peronda yang jenis amanah dan berdedikasi dalam perkhidmatan.

Kini,pemburu sudah matang,teragak-agak sudah tidak ada dalam resume-nya.Dia memegang kepala perempuan curang itu. Namun,seperti ada yang memerhati mereka berdua.Pemburu mendongak,dan menutupi penglihatan dengan tangan kanannya kerna silau cahaya yg datang dari bumbung bangunan di depannya.

Matanya tidak dapat melawan silau itu,tapi nalurinya memaksanya untuk melihat dari mana dan apakah silau itu.Gelap lorong itu mula beransur hilang,diganti dengan cahaya yang tiba-tiba muncul,dan sedikit ternganga dan terkebil melihat sumber cahaya yang menyilaukan pandangan pemburu,dia dapat mengamati,ada sekujur tubuh,berambut panjang,dan mempunyai sayap.

Sikap nekad dan tidak teragak-agaknya memang jelas padu dan jitu,tanpa membuang masa dia mengorak langkah yang sangat laju meninggalkan perempuan curang dan sumber cahaya silau itu,sambil menjerit,

"ASTAGAFIRULLAH!!!"


Tiada ulasan: