Sabtu, 12 Mei 2012

Selamat Hari Ibu.

Dalam dunia ini, Karim (bukan nama betul) cuma ada emaknya,dari dia lahir sampailah sekarang,(kini Karim sedang menghabiskan PhD dalam bidang astrofizik di universiti tempatan ). Karim ni agak pendiam orangnya dan sukar meluahkan ekspresi dirinya,bila tgk Lee Chong Wei lwn Lin Dan final piala thomas pun dia hanya diam tanpa sebarang sorakan. Senang cerita,belia seorang yang pasif dan pendiam,hanya Cikgu Asmidar saja yg boleh mmbuatkan Karim participate dalam masyarakat,tp itupun waktu Karim darjah 3 anggur dan sering di rasuah dengan gula2 susu cap arnab. Hubungan dengan emaknya tidaklah serapat seperti hubungan emak dan anak dalam iklan biskut tiger,tetapi tidaklah renggang,cuma biasa ja lah. Jadi,dipendekkan cerita,suatu hari Karim melihat sebuah papan iklan yang mengucapkan selamat hari ibu,dan ini mmbuatkannya ingin meraikan ibunya. Setelah lebih 2 hari setengah,Karim mmutuskan ingin menyambut hari ibu secara grand yang boleh menjadikan suatu memori yang tidak dapat dilupakan ibunya. Karim mula menempah tiket ke Paris,dengan hajat ingin mengambil gambar bersama ibunya di depan menara eiffel dan makan malam masakan Chef Yannick Alléno di restoran Le Meurice. Kain batik sutera juga tilah ditempah dari tanah seberang,apa barang beli di Jakel.Cincin emas putih 750 bermatakan berlian 18K juga telah di usha di Poh Kong. Karim sudah tidak sabar menunggu hari yang bakal merubah hubungannya dengan ibu.Karim sangat teruja.Karim sangat *&^% (perasaan Karim selepas teruja ini sudah tidak dapat lagi digambarkan dengan apa2 perkataan). Mungkin selepas hari ibu nanti, bolehlah Karim merasakan hubungan erat antara anak dan ibu seperti dalam iklan biskut tiger. Dalam kesibukan Karim merancang untuk merai ibunya,sebagai seorng yg belajar astrofizik Karim suka melayari internet untuk menonton syarahan2,berita dari pusat observatory dan video2 adapatasi dari teori ahli2 astrofizik. Ketika sedang enak melayan video radiasi lubang hitam,entah bagaimana Karim terbaca status kawan mukabukunya yang mengatakan hari ibu haram disambut bagi org Islam siap dengan link sekali yang menceritakan asal usul hari ibu. Ini betul2 menarik minat Karim,dan bukan setakat menarik minatnya,malah membuatkan Karim percaya bahawa hari ibu,adalah hari haram bagi umat Islam,walaupun Karim ni sembahyang seminggu sekali sahaja. Atas kepercayaan baru Karim ini,maka segala tempahan yang dibuatnya di batalkan.Tidak merasalah ibu melihat menara Eiffel yang dikatakan simbolik kepada perasaan cinta,tidak merasalah ibu makan di restoran grand di Paris,tidak merasalah ibu memakai batik sutera dan cincin berlian.
Menjelang hari ibu,Karim mengucapkan selamat hari ibu kepada ibunya,di dalam hati.

Tiada ulasan: