Sabtu, 21 Julai 2012

Ramdhon El-Mubaraq.

Negara aku ni,majoritinya melayu Islam,dan bila bulan ramdhon menjelang,maka bergumbiralah umat2 melayu Islam ini. Mgkin d jaman dulu2,jaman baby boomer atau generasi x,ramdhon di isi secara power lagi berhemah tyme tu. Tyme ni lah,mereka bersosial x ingat dunia selepas tarawikh (yang mana baik lg positif),di sinilah org2 kampung menguatkan lg brotherhood mereka yang smmangnya kuat. Anak2 muda mcm besalah, aktiviti malam mereka lagi hidup. Tyme ramdhon inilah budak2 ni pulun gila babi menghabiskan malam mereka secara berkualiti. Malam masih muda itu mmg akan kebiasan diucapkan bila mana ada member yang takut bapak dia hambat pakai tali pinggang WWF versi jawa balik awal. Malam ramdhon inilah anak2 muda ini akan menjadi seorang yang kreatif agar mlm tersebut dihabiskan secara kualiti. Mercun itu mmg suda pasti,tp bermain mercun yang lebih badass menjadi idaman semua anak2 muda. Tidak hairanlah klu ada khabar angin mengatakan ada meriam buluh sebesar meriam perang yang ada d kota a famosa. Sampai bunyi ledakan padu maut itu boleh kedengaran dari permatang pauh ke bayan lepas. Badass x badass meriam buluh budak2 ni. Selain mercun,malam anak2 muda lagi panjang dari malam2 selain malam ramdhon. Bagi anak2 muda yang berjiwa intelek yang ingin berbakti kepada masarakat, mereka akan tubuhkan satu pasukan di mana visi dan misi mereka,tidak lain tidak bukan,mengejutkan penduduk kampung untuk bersahur. Kompang,rebana,baldi dan viola dan cello di guna dijadikan instrument bg sesetengah yang berasal dari keluarga ada-ada.

"Ibu-ibu yang sedang tidor,marilah kita bangun bersahor,masaklah ikan dan juga sayor,marilah kita bangun bersahor,sahor,sahor"


Itu adalah antara lagu yang klise selalu digunakan. Tapi budak2 ni,klu datang bebal dorg,pukul 2pagi sudah memekak,sampai penduduk kampung buat repot Jabatan Alam Sekitar atas alasan pencemaran bunyi.

Itu anak2 muda,bg kaum ibu-ibu,tyme ramdhon inilah mereka tunjukkan ke-terrer-an mereka dalam bidang masakan. Ibu-ibu yang visionary,berfikiran mahathir,mereka akan memerah otak untuk mencipta makanan yang baru lagi authentic. Aku rasa,ibu-ibu inilah yang mencipta ayam golek,roti bom,mee tauhu,kuih sarang semut,aku rasalah kan.

Bagi kaum lelaki yang sudah akil baligh dan berwawasan,tyme inilah selain perut,rohani mereka di isi dengan bnyk mendengar ceramah2 di surau atau masjid,bukan di you tube.

Tapi ini semua dulu-dulu,mgkin sekarang ada lagi,tp x se-happening dululah,aku pasti. Sekarang ni,bukak fesbuk,ramailah yang jadi ustad,dengan post2 yang kononnya ingin mmberi peringatan walaupun lagi bnyk yang terasa,maka berlakulah comment-war. Juadah pun semua beli di bazaar. Anak2 mudapun malam,pergi tgk wayang sebab malam x puasa kan,kahkahkah!

Walau apapun,kita patut enjoy bulan ramdhon ni,kita enjoy secara berkualiti. Kita jadikan alasan untuk berbuat baik,kita jadikan alasan untuk merapatkan hubungan kita dengan manusia d sekeliling,dan kita jadikan alasan untuk menjadi manusia yang lebih power sebelum ini.

Selamat berpuasa.






Tiada ulasan: