Isnin, 11 Julai 2011

Ulasan Bersih 2.0

Semua sudah saksikan,perarakan Bersih yang lalu. Siraman air dari lori FRU lebih deras banding dengan bomba yang memadamkan rumah setinggan yang terbakar,mereka saling baling gas pemedih mata,cuma FRU kurang terasa kesannya sebab lengkap berperisai,mereka lari dikejar abang baju biru,sampai ada seorang macik jatuh dari tembok setinggi 8 kaki,mereka disergah,digertak dan ditajut-takutkan. Tapi tidak mudah mereka takutkan pendemo yang berani dan sedar akan perjuangan mereka. Ini kerana semangat dan kuasa rakyat adalah paling kuat di sesebuah negara!

Kekejaman dan keganasan. Memang inilah harga bagi sebuah demokrasi. Rakyat sedar ini ditendang,decekup,dikasari dengan sewenang-wenangnya oleh mereka yang diberi kuasa untuk menjaga keamanan negara ini.Tidakkah mereka lupa dulu,sewaktu mereka mengangkat sumpah akan mengorbankan jiwa dan raga untuk menjaga keamanan negara,dan di sini,negara adalah rakyat,bukan tanah yang dikelilingi bangunan konkrit bernama Kuala Lumpur. Kenapa mereka sanggup mengasari saudara sendiri? Adakah temenggung-temengung ini sudah hilang rasionalnya,mendengar saja arahan pemerintah zalim negara ini?

Bias.Surat khabar,berita televisi,dan semua jenis media massa dan cetak memang celaka. Tidak ubah seperti peguam yang suka menegakkan benang yang basah. Bersih mereka sampaikan dalam bentuk yang negatif,dan sangat ganas dan tidak berguna.Dan semua ini akan ditelan bulat-bulat oleh mereka yang masih taat terhadap kerajaan dan kurang sedar akan keadaan sekarang. Dengan kerajaan masih mengawal apa yang patut disuap oleh rakyat maka,yang chantek itu akan jadi sehodoh-hodoh najis. Mereka mengatakan abang baju biru dapat mengawal keadaan secara aman. Mereka tunjukkan Bersih ini suatu yang sia-sia,bukan cara untuk demokrasi,mereka cakap para pendemo melakukannya secara memababi buta dan hanya boneka pembangkang.Babi media! Babi TV3! Babi berita harian! Dan semua ini diketuai oleh Najib,pemimpin tersayang  negara kita. 1 Melesia!!!!

Tapi,kalau kamu perasan,betapa liciknya mustakbirin di negara ini. Untuk menunjukkan abang baju biru adil dan  saksama,mereka menghantar geng baju merah pulak.Patriot,yang diketuai khairy juga membuat demonstrasi, kononnya untuk melindungi keamanan negara dari anasir seperti Bersih. Kemudian mereka ditahan secara lembut.Mungkin ini yang dimaksudkan Najib,tiada sentuhan fizikal berlaku. Khairy,kau memang liciklah,Najib juga perlu berhati-hati dengan kau. Kemunculan geng baju merah ini tidak lain tidak bukan hanya ingin menunjukkan abang baju biru itu bukan pro kerajaan semata. Licik!

Namun begitu,kita berjaya.Walaupun kerajaan telah menakutkan kita agar tidak menajalankan perarakan Bersih ini dengan pelbagai cara,tapi lihatlah berapa ramai yang datang. Jika,pada ketika itu rakyat ini juga melakukan seperti apa yang abang baju biru buat,maka pasti lunyai mereka dikerjakan. Tapi tidak,rakyat masih menunjukkan mereka ini adalah rakyat yang ada standard,yang ada sivik dan ada otak,tidak seperti abang baju biru. Melalui Bersih ini,kita dapat melihat perpaduan. Perpaduan rakyat melesia,dan mungkin 1melesia telah berjaya diaplikasi rakyat negara ini. Boleh dikatakan,perpaduan ini telah mengalahkan perpaduan yang dipertonton di stadium bukit jalil ketika melesia menentang indonesia.

Bersih telah berjaya.Melalui pelbagai cara dan kempen disampaikan untuk menjayakannya. Walaupun aku tidak berada di situ ketika itu,namun hati ini dapat merasakan solidaritas dan perpaduan mereka,yang paling berkuasa di negara ini,iaitu rakyat!

Al-fatihah Untuk Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad. 





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

al fatihah untuk arwah
semoga Allah redha akan tujuan & usaha perjuangan arwah
semoga Allah memberkati kehidupan sepanjang hayat arwah
semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hambanya yg terlepas dari siksa kubur terlepas dari siksa neraka kelak dan sebaliknya menempatkan arwah di kalangan org yg kudus mendapat terus nikmat syurga milik Allah

takziah utk keluarga arwah
takziah utk saudaramara rakantaulan & rakan seperjuangan
jangan sekali2 terlalu merintih kerana percayalah sedalam2nya bahwa pemergian arwah bukan sia2
semoga kejadian ini menerangkan lagi cahaya kesedaran & menyemarak lagi obor kebangkitan demi mmpertahan hak & menegak keadilan di bumi tercinta

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done


-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

qierana berkata...

amin...