Selasa, 7 Jun 2011

Akuan berani,sangat berani.

Setelah lebih kurang 6 tahun,kini baru aku berani membuat pengakuan ini. Seperti ada semangat paduka mat salleh merasuk jiwa fragile ini,yg meniup berani supaya maraknya lebih besar dari sebelum ini.Mungkin lepas ini,kamu akan memberi simpati murahan dan berkata,

'Oh,poor u honey.'

Mungkinlah.Tapi inilah hakikatnya.Apa yang telah berlaku 6 tahun lalu,kini berani aku tulis atau suarakan di blog  yang kurang daya intelektual dan pengikutnya.(Pageview all time pun x sampai 2000,oh poor me.) X kisahlah,tp pengakuan ini aku kena buat juga,aku ingin membuat akuan bersumpah,tapi aku kena dapatkan cop dari pegawai daerah,so pengakuan ini hanya di sini,sapa yang baca tu kira beruntung jugaklah.

Ok,enough with all the intro bullshit.

Peristiwa yang tidak seberapa hitam ini berlaku ketika aku berusia 16 tahun,tyme tu,hubungan kelamin pun aku tidak tahu maksud sebenar,ada yg mengatakn hubungan di dalam kelambu secara minimum.

Enough!!!

Ok,ok,aku ceritalah ni.

 Aku telah pindah sekolah.kepada sekolah yang aku rasa sgt lain sistem pengurusannya dari sekolah lama aku yang agak dangdut. Dan,percaya,SANGAT LAIN! Aku rasa seperti masuk sekolah tentera,dan bila masuk asrama seperti sekolah tentera gabungan sekolah agama yang bole dikatakan ekstrim. Masuk2 saja,kami di beri seminggu sebagai minggu pengenalan,dan seminggu lagi minggu orientasi. WTF! Dan dua minggu yang agak kejam itu,aku menyaksikan ramai yang balik ke pangkuan sekolah masing2. Berlari keluar dewan,dgn tetesan air mata yang mencurah,dan meredah apa saja yang berada di depan. Sampai ada yang tersadung,dan termasuk dalam longkang dekat dewan makan,dan nyaris mati lemas.Sedikit hyperbola di situ.

Apa yang berlaku?

Setiap pagi,dalam dua minggu itu,kami di takut2kan,semua cikgu ingin menunjukkan kuasa,kecuali Cikgu Posius (bukan nama betul).Kami di herdik,di maki,di cela. Tidak cukup dengan itu,kami di beri hukuman dengan squat jumpa,tumbuk monyet dan sebgainya yang ada ciri2 latihan ketenteraan. Dalam beratus-ratus pelajar,tiada satupun yang berjiwa rebel gila babi macam Nelson Mandela yang menentang dasar apartheid,bangun dan bersuara.

Kamu semua boleh pergi mampus!! (sambil keluar baju yang di tucked in,dan menyalakan rokok dan keluar dari dewan). Gila cool sapa yang berani buat macam tu.

Semua hanya rebel dalam hati,termasuk aku,yang mencarut dan memaki hamun dengan beribu kosa-kata. Ya,lah,umur baru 16 tahun,yang dilawan semua baya ibu-bapa.Bukan takut tapi hormat.Sepanjang dua minggu itu,terasa kami diperbodohkan oleh mereka yang bertakhta cikgu ini. Terasa amat bodoh.Lebih bodoh dari budak yang korek hidung kemudian jilat,dan cakap,x manis pun.

Aku x tahu,apa yang buat aku menapak dua tahun di sekolah itu.Peraturan sekolah pun x remaja langsung. Yang lelaki kena berambut botak macm banduan,dan perempuan kena pakai tudung tutup dada,dan kena pakai baju dalam. Sexy apa kalau rambut panjang2,lagi2 di dread-lock kan rambut itu.

Sepanjang lebih kurang dua tahun,aku bersekolah untuk mendapatkan sijil SPM di sekolah yang mengutamakn disiplin berbanding dasar intelektual itu,apa yang aku rasa hanya seperti dalam penjara.Hidup dalam ketakutan. Rotan dan makian itu sudah biasa. Hari persekolahan macam di kampung yang dikenakan darurat. Tiada keseronokan. Namun,aku terpaksa bersekolah juga,demi SPM. Aku rasa,pasti ada yang menangis di dalam tandas disebabkan ketegangan yang wujud.Aku rasalah.

Disiplin,disiplin,disiplin.

Kalau betul disiplin cenggini boleh merobah masa depan kami cikgu,kenapa ada kawan saya berhenti sekolah dan mengambil dadah jenis Methamphetamine? Disiplin yang cikgu2 semua ingin terbitkan menghasilkan tegangan. Macam mana kami boleh berdisiplin sekiranya ketakutan kami di jadikan modal untuk cikgu2 semua jaja. Ketakutan kami di jaja agar kerja cikgu mentadbir senang. Akhirnya,lahirlah insan yang hanya menurut kerana takut dan paksaan,bukan kerana kami telah matang dan tahap intelektual kami semakin meningkat.Tengok sekarang,apa yang telah kamu hasilkan? Berapa ramai dari kami mendapat bantuan pendidikan untuk menyambung pelajaran? Berapa ramai dari kami yang dapat melanjutkan pelajaran secara profesional? Paling penting,berapa ramai dari kami yang boleh bercerita betapa seronoknya alam persekolahan kami dulu?

Apa yang aku ingin sampaikan,sistem mendisiplinkan pelajar melalui ketakutan adalah satu cara yang sangat gagal.Kalau betul sistem ini dapat merobah masa depan kami cikgu,sudah tentu gambar profail facebook saya  berlatarkan berlin wall.

Tiada ulasan: