Ahad, 1 Mei 2011

Selamat Hari Proletariat.

1 May,hari pekerja,hari buruh atau hari kuli sedunia. Terima kasih Australia yang menjadi perintis. Gembiralah kuli2 seluruh dunia. Cuti lagi...

Tapi kaum2 buruh di Melesia ni taukah apa konsep perjuangan hari buruh ni?

'Untuk kerja 8 jam!!!'


Ya,betul,pandai! Kerja 8 jam sehari yang diperjuangkan. Cincai kira,kerja 8 jam,tidur 8 jam,tidak tidur dan kerja 8 jam. Ya,matematik aku hebat,x payah puji.

Tapi....

Di negara kita ni,layakkah para penjawat kerajaan untuk cuti? Sedangkan mat-mat dan minah-minah kilang terpaksa kerja,mahupun ikut shift biasa-gaji biasa,atau overtime-gaji triple. Sedangkan mereka yang memburuh di syarikat2 kapitalis,mereka yang mengangkut sampah,menyapu jalan,pekerja2 kontrak(buruh kasar) juga terpaksa kerja.

Bolehkah kita nilai atau label,mereka yang bergelar org kerajaan ini sebagai kaum proletariat? Atau buruh? Memang betul mereka kerja 8 jam,tp betulkah dalam 8 jam itu mereka bekerja?

Kaum kerajaan,gaji basic 800rm,pakai SPM,tambah elaun boleh cecah 1300rm.
Kaum kerajaan senang buat pinjaman dengan bank dengan kadar bunga yang rendah.
Kaum kerajaan akan cuti bila ada tarikh yang di umumkan sebagai cuti umum di negara kita.
Kaum kerajaan kerja dalam keadaan lebih kondusif.
Kaum kerajaan lebih senang mendapat suntikan insentif,kenaikan gaji dan peruntukan elaun.

Bolehkah mereka ini dilabel sebagai kaum proletariat atau kaum buruh?

Mungkin.

Bagi aku,sudah tidak ada apa yang perlu mereka perjuangkan,sudah tidak ada yang perlu di keluh-kesahkan,macam sudah menghampiri sempurna.

Sebab,mereka yang aku anggap pure proletariat,masih kuat dan tekun memburuh,tanpa keluahan,tanpa bising dan tanpa apa2 demonstrasi untuk kerajaan dengar betapa fucked-up nya hidup mereka memburuh.

Kau kerja kerajaan,kalau bising lagi,kerja teruklah,bos mcm babilah,itulah,inilah,kau masuk neraka.LOL!

Lagi satu,kamu kaum kerajaan ni,betulkah kerja? Kenapa servis khidmat pelanggan mcm servis Khulafa Bistro,lembab. Kenapa premis mcm pejabat2 kontraktor kelas C? Kenapa aku rasa kalau lepak premis kerajaan,macam berurusan dengan pejabat kedutaan negara dunia ketiga yang mana musik tidak digalakkan?
Semua muka masam,serius,monyok,macam muka macik jual karipap tyme aku di penang dulu,tu lah karipap dia x laku,muka ketat sentiasa.Padan!

Ok,aku mula merepek,merepek bnda yg x ilmiah lg intelektual.

Bginilah,biar aku neutral kejap.X semua mereka ni mcm apa yang aku fitnahkan,x semua,cuma ada SEGELINTIR saja yang xda profesionalisme tyme kerja,yang suka lunch-break lama2,suka tangguh2 urusan,dan segala macam benda yang jahat.

Apapun,hari ni,1 MAY,SELAMAT HARI BURUH aku ucapkan kepada semua pemburuh2 di seluruh dunia, kepada brada yang kerja bawa lori gas,kelindan,macik cleaner,buruh2 binaan imigran,pekerja katering,pacik tukang repair kasut tepi jalan,macik2 yang jual rokok tepi jalan d Tawau,peniaga2 warung,dan tidak lupa,pemburuh yang paling cool,yang maha penting dalam hidup aku,salah satu influence aku, ,SELAMAT HARI BURUH ABAH!!!! A HAIL AND SALUTE FOR U!!!

anggap ja bendera tu bendera melesia

Tiada ulasan: