Rabu, 12 Januari 2011

Yenenday

Yenenday(wednesday),hari ini merupakan hari berbahasa Inggeris bagi aku dan budak2 rumahku yang miskin. Mungkin yeneday anda hanyalah ingin menonton wayang dgn harga yang murah,ataupun ingin masuk kelab mlm secara free(ladies nite),ataupun berkawad di padang kerana ia juga hari ko-kurikulum.Bapak lame syial! Tapi kami tidak,yenenday kami serapkan sedikit nilai intelektual.Ya,betul,kami anak Melayu yang ada misi dan visi,walaupun ada antara kami masih maen game facebook lagi.

Kenapa haru berbahasa Inggeris? Okay,aku dan budak2 rumah memang miskin,sampai kadang2 lepak kat
kedai mamak dan mana2 restoran semata-mata nak tgk drama tiramisu.Kadang2 terpaksa cuci piring semata2 nak makan roti canai dua keping.(secara metafora) So,salah sebab kami berbahasa Inggeris sebab kami ingin kelihatan cool dan educated.Ya,kebanyakan budak2 yang berlatarkan keluarga yang kaya2 terutamanya sekitar Kuala Lumpur akan berbahasa Inggeris bila dorg lepak2,sembang2 dan ketika meng-order teh o ice d kedai mamak. So,kami yang miskin ini,yang tidak berpeluang merasakan ke-cool-an budak2 kaya ini,ingin berasa cool,hanya pada yenenday saja.Harap tiada siapa2 yang protes dan dengki dengan aku dan budak2 rumah,kami hanya mangsa keadaan. Betul ni.Tolonglah bagi kami can,x kesiankah dgn kami? :(

Selain ingin kelihatan cool,yenenday lah platform kami untuk memperbaiki bahasa Inggeris. # Melayu pun x kredit nak cakap orang putihla plak! Okay,itu kami tahu,tapi zaman yang penuh dgn huruf2 i ni,(iphone,ipod,i-city) memaksa kita untuk berbahasa Inggeris.Nnt macam mana mau tgk How i Met Your Mother yang xda subtitle? Haaa! Ko jawab! Lagipun sekarang semua mau di Inggeriskan,contoh mat&sains.Kan? So pendek cerita,yenendaylah boleh meng-cool-kan lagi bahasa Inggeris kami,mungkin lagi 18 yenenday,kami sudah boleh fluent ckp Inggeris.Fuh! Angan2! Kalah Najib dgn Satu Malaysianya,last2 dia jugak no.1 dalam segala hal.Cit!

Yenenday kami bukanlah berbahasa Inggeris dgn slang,ascent atau ala2 British,Irish,atau Parish.Parish?? Tapi Manglish.Yes,Manglish beybeh,macam Cina2 n India,tidak terkecuali Melayu2 Malaysia speaking. So,mungkin skarang kami mula dgn standard yang rendah dulu,tp siapa tahukan lagi 18 yenenday kami dah boleh berbahasa Inggeris macam Sharifah Amani mahupun Mahathir Lokman. Tapi tidak kisahlah macam mana sekalipun bunyinyakan? Yang penting ada bunyi sikit dan kita sendiri faham apa yang kita sebutkan.

Yenenday juga merupakan hari yang menghiburkan lagi lucu. Lagi2 kalau Insp.Ijat buka mulut.Fak lah! Boleh kata,yenenday merupakan hari gelak2 ketawa2 macam babeng. Secara tidak langsung,ukhuwah dan sillaturahim itu terbina dengan lebih kukuh lagi. Dan mungkin,selepas 18 yenenday,kami akan lebih selesa berbahasa Inggeris bukan dengan kami2 sahaja,tapi waiter kat Laman Grill,Cina2 di Low Yat,kakak Serdang yang bawa wira yang langgar Din depan Bandi Bistro,mahupun dengan Abdul Wahab,foreigner dari Somalia. Kesian jgk dia ni,mcm tiada kawan,harap lepas 18 yenenday sudah boleh lepak dengan dia kot.

Tidak payahlah mahu ketengahkan ketuanan Melayu,bahasa jiwa bangsa,atau keagungan Bahasa Melayu. Kenapa harus cakap Inggeris dengan sesama Melayu.X payah. (tapi memang shit jgk tgk melayu2 ber-Inggeris sesama dorg ni)Last2 nnt ko pergi naik haji,kena cakap Inggeris jugak. So sekarang,baik kita berlatih berbahasa Inggeris sesama dulu,nnt esok lusa,manalah tahu ko mau pergi Stamford Bridge tgk Chelsea main final Champions League ke,naik haji ke,cuti2 ke,manalah tahu kan? Ko jugak yang senang setan.

Tiada ulasan: