Khamis, 13 Januari 2011

Kepam.

Bau kepam ke?
-Insp.Ijat

Apa maksud kepam? Menurut Insp.Ijat kepam bermaksud bau baju,yang lembap,yang masih basah,dan terbiar dalam masa tertentu. Kepam ini,busuk ka?? Hanyir ka?? Masam ka? Mungkin,pertama kalinya aku dengar perkataan kepam ini.Kepam.Haha.Lucu plak bunyinya.Kepam,kepam,kepam~

Perasaan ingin tahu,akan bau kepam ini mulai menghantui aku sampai sekarang ni.Siap aku search di intranet,apa maksud kepam.Tapi kabur. Aku pakai stokin budak2 rumah satu2,then aku buka,aku hidu,inikah bau kepam? Arghh,masih kurang berpuas hati. Aku angkat lengan,lalu menghidu ketiak sendiri,inikah bau kepam? Sedap plak,mesti bukan. Bau kepam bukanlah suatu bau yang menyenangkan,aku pasti bau kepam ini tidak disukai lagi di benci ramai. Adakah kepam suatu bau yang juga boleh di rasai pada pagi yang nyaman bila kawan,cewek atau laki anda membuka mulut.Yak!!! Fak!!!

Dalam dunia ni,mesti ada salah satu makhluk tuhan yang mengalami masalah kekepaman yang amat teruk lg membebalkan.Perghh...Kesian orang tu. Walaupun aku masih kabur,samar dan no idea what kepam is,tp aku tau,bau kepam ini suatu yang memang di elakkan dan tidak mahu,walau sekalipun menghidunya.Kan? Kepam. Cuba bayangkan,bau kepam ini di keudarakan dalam Wanita Hari Ini,ataupun Hot.FM. 'Bau kepam?Pernahkah ini menghantui anda'? Haa,aku dapat bayangkan,mesti ramai yang call nak meluahkan masalah dorang ni. Kepam,nama comel tp menakutkan.Tapi aku kalau ada team bola,aku mau pakai nama Kepam.FC. Style x?

Suatu hari nanti,ya suatu hari nanti,mungkin aku akan mengetahui misteri di sebalik bau kepam ini.Apakah corak aliran bau jenis ini,bagaimanakah bau kepam ini terhasil,adakah metana sebahagian dari unsur bau ini? Suatu hari nanti,mungkin misteri bau kepam ini aku akan tahu.Dan aku harap,aku bukanlah sumber bau kepam tersebut.Sekian.


*Bayangkan lagu tema X-File dimainkan sebaik sahaja habis membaca entri ini.Nininini~~ Dudududu~     Tininining2....

Tiada ulasan: