Sabtu, 15 Januari 2011

Kehidupan

"Dari kenaikan,sampai keturunan,tiada kedudukan", itu kata pakcik haron yang berdiri sepanjang perjalanannya dari balung cocos hingga ke bandar menaiki bas. Itu kehidupannya

.Kau? Apa macam kehidupan?
Hidup kau dikelilingi cewek2 super hot?
Hidup kau pandu kereta import dari German?
Hidup kau gaji ribu-ribu? Hidup kau dapat straight A sejak kau amek upsr sampailah ke ijazah?
Hidup kau sentiasa keluar melody tentang isu semasa kau?
Hidup kau ramai kawan2 muka jambu2,bawa satria neo,colar kasi naik,pakai spec hitam?
Hidup kau ceria sebab cewek kau kacukan irish-bugis-melayu-sino-brunei?
Hidup kau sentiasa dengan gelak ketawa sebab kau ramai kawan yang lucu2?
Hidup kau tengok muvie yang kau donlod secara haram dari pagi sampai ke petang kemudian ko review dekat blog kau?
Hidup kau berasaskan blog yang follower cecah ribu yang kau rasa ko blogger yang cool?
Hidup kau penuh dengan ratus2 komen di FB?
Hidup kau tayang gambar2 kau pergi oversea?
Hidup kau pergi acara2 hiburan intelektual,tgk2 perempuan baca puisi,sambil main gitar?
Hidup kau baca buku2 orang lain x baca,kemudian ko rasa ko lebih pandai dari orang lain?
Hidup kau melepak di restoran2 india?
Hidup kau mengkritik politik negara dan para ahlinya,sedangkan kau?
Itu semua bukan kehidupan. Itu semua kau terpaksa buat sebab kau palsu!
Eleh,x payah bohonglah.
Bila kau tidak rasa geli makan makanan yang kau korek dari tong sampah,
Bila kau sanggup keliling satu bandar untuk cari tin kosong,
Bila kau pikul beras 50kg sekali gus dari lori,
Bila kau tidak malu tegur orang dan menghulur tangan meminta,
Bila kau tidur di tepi lorong2,
Bila kau menangis setiap hari melihat ada saja saudara mu mati,
Bila salinan badan mu tidak berganti selama,
Bila kau mulai bercakap dengan bayang,
Bila kau rasa setiap masa mu tiada malam,
Bila kau pandang cewek cantik itu tiada makna,
Bila kau berpenat dan berlapar setiap hari untuk zuriat,
Ini semua baru kehidupan,apa yang kau rasa sekarang hanyalah permulaan.
Dan berdoalah dan bersyukurlah agar permulaan ini satu fasa yang lama.
Dan bila kau rasa kehidupan,kau tidak akan sedarpun yang kau dalam kehidupan.
Serius.

Tiada ulasan: