Isnin, 3 Ogos 2009

Kita...

Kita memang berpijak di tanah yang sama,
Dengan itu,tak kisahlah siapa,
Kita jatuh bersama,kita bangun bersama,
Kerana hanya itulah caranya,
Tak kisahlah di mana kita berada,
Kita saling kasih-mengasihi,
Walau berbeza idealogi,
Kamu tahu?
Bila bangsa lain mencipta sesuatu,
Kita akan mencuba,dan ingin mencubanya,
Seni mereka kita hayati,
Jamuan mereka dinikmati,
Jadi,apa yang mereka ada,
Teknologi mereka,didikan kepada anak mereka,
Cara jagaan waris mereka,
Saling hormat dan kasih sesama sendiri,
Apa masalah kita? Kenapa tidak kita?
Mereka hidup dalam dunia kami, bukan aku,
Kita tak akan terangi apa-apa,
Sehinggalah kita perolehi asas yang tepat,dan daya yang kuat,
Yang memang tak akan dapat,
Tapi,bersiap sedialah,kerana kalau berlaku,
Hari itu adalah hari baru bagi negaramu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg..kita tidak bley berdiri dgn hanya mengharapkan diri kita sendiri...kita perlu orang lain..kita perlu belajar ari orang lain..kita belum cukup bagus untuk mencari sesuatu yang milik kita..kita pun blum ad identiti yg mmg sepenuhnya kita..kita tiada bahasa yang mmg milik kita..kita tiada tulisan milik kita..so..kita mmg sgt bergantung kepada orang lain..kita belajar..dan aku rasa tidak salah kita belajar gn orang lain...

xapizx