Isnin, 24 Ogos 2009

Mereka gembira.

Ketika itu merupakan hujung minggu,dan aku menghabiskan hujung mingguku di situ. Aku bediri sambil menyaksikan sekumpulan manusia. Mereka juga sepertiku,cuma cara kami berbeza. Memang berbeza. Aku perhatikan mereka ini. Mereka dalam suatu sistem yang tertutup. Aku ? Aku melihat dari tempat tinggi sedikit. Ku rebahkan dagu ini pada tangan yang bertindih,sambil bola mataku bergerak bebas.

Ku perhatikan mereka satu persatu. Bergerak rawak dan laju. Bagi yang pertama kali,dinding kaca dijadikan pegangan. Mengorak langkah dengan perlahan dan berhati-hati. Aku juga seperti itu dulu. Sekarang ? Mungkin masih sama. Macam-macam dapat dilihat. Ada yang berpegang tangan,pasangan-pasangan,inilah masanya. Romantikkan? Ada yang beramai-ramai berpegang sesama sendiri. Itulah gunanya teman.Ada yang mengharunginya bersendirian. Di satu sudut,dia belajar seorang. Cekal sungguh. Yang ahli ada juga memberi tunjuk ajar. Aku mengubah pandangan. Jelas di bahagian tengah dia berpusing,menggerakkan kakinya,memainkan tangannya. Aku teruja. Sikitlah. Jika dibandingkan,sudah mesti dia di lapisan yang lebih sedikit dari majoriti di situ. Orang lama mungkin.

Atas, kiri,kanan,bawah.Oh,bukan aku seorang yang melihatnya. Melihat manusia bergembira bersama saudara,rakan dan kenalan mereka. Memang gembira,mereka ketawa,mereka senyum,walaupun ada yang kelihatan takut-takut,aku rasa mereka tetap gembira. Mereka jatuh,tersungkur,berlaga sesama, tapi walau teruk manapun mereka jatuh,tersungkur,berlaga,mereka tetap bangun. Tidak kiralah berapa kerap mereka mengulangi benda yang sama,tetap bangun.Tetap ada tangan yang menghulur untuk membantu. Kemudian mereka sambung semula,kegembiraan mereka.Senyum dan ketawa.

Tiada ulasan: