Jumaat, 10 Julai 2009

Suatu cerita..

2002

Bughidhang & Co,sebuah badan perniagaan hasil gabungan dua negara dari nusantara yang sama,telah bersetuju menjual tiga ekor ikan paus,yang bernama Scorpene(2),dan Agosta kepada sebuah negara, Isketambola, yang kononnya aman damai,dan dikenali dengan rakyatnya yang berbilang kaum,yang mempunyai hak yang sama rata,tidak kira sama ada mereka itu ‘Orc’,’Night Elf’ atau ‘Dwarf’. Persetujuan perniagaan ini dianggarkan mencapai 1 billion Euro.Hasil dari perniagaan ini telah mencatat satu fenomena politik di negara itu yang mungkin akan diingati oleh rakyatnya dan generasi seterusnya.

2004

Dia seorang yang cantik.Dia seorang yang berpendidikan tinggi.Dia juga memiliki keanggunan yang dapat memukau makhluk yang melihatnya.Dialah Yuna.Membesar di Saint Petersbugh kemudian menyambung pelajaran di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing.Fasih bertutur dalam bahasa Perancis,Rusia juga Korea.

Mungkin telah ditakdirkan,Yuna telah bertemu dengan si Ajak di Hong Kong. Si Ajak merupakan pakar keselamatan juga pengarah Isketambola Strategic Reseach Centre,sebuah badan yang pro-kerajaan.Ajak juga merupakan penasihat urusan keselamatan Orang Kuat No.2 Isketambola.Pertemuan itu telah membawa kepada bibit-bibit percintaan.Yuna juga bekerja di bawah Ajak,dengan menolongnya menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Mac,2005

Yuna dan Ajak berangkat ke benua orang putih,dan mengelilingi benua itu dengan menunggang kuda merah.Mereka makan di restoran-restoran mewah.Menginap di hotel-hotel bertaraf tinggi.Namun di sebalik lawatan mereka ini,ada kerja yang perlu mereka lakukan.Penjualan ikan paus tersebut telah ditandatangani ,tapi masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Pada hujung bulan Mac,mereka berada di negara Zidane,berjumpa dengan Azroy,Orang Kuat No.2 Isketambola.Sekeping gambar telah diambil di sebuah kelab dangdut persendirian di negara itu. Gambar ini sempat Yuna tunjukkan kepada kawan rapat,Amy Winerumah dan menerangkan bahawa Ajak merupakan cinta matinya,manakala Azroy adalah ‘Big Boss’.

Menurut seorang penyiasat persendirian,yang kini bersembunyi di negara kelahiran Vivek Oberoi,Yuna telah menjadi perempuan simpanan Azroy selepas diperkenalkan oleh Ajak.

Oktober,2006

Bughidhang & Co telah membayar wang komisyen sebanyak 114 juta dan memasukkannya di dalam akaun bank di Isketambatu.Komisyen ini telah di berikan kepada,Bolong Jaya,sebuah syarikat milik Ajak. Sebaik saja mengetahui perkara ini,Yuna bergegas ke Isketambatu untuk menuntut haknya.Sebelum kedatangan Yuna,hubungannya dengan Ajak telah putus.Yuna datang bertiga,bersama rakannya dan juga Shadow Shaman yang akan menggunakan ‘Ultimate’nya terhadap Ajak sekiranya dia enggan membayar.Selama beberapa hari Yuna mengganggu Ajak dengan berdiri di hadapan rumahnya. Ajak suda tidak tahan lagi.Dia menghubungi Achok,pegawai keselamatan Azroy dari Cawangan Khas merangkap pengarah kepada jabatan itu.Kedatangan Yuna juga diketahui oleh isteri Azroy, Erna. Dia yang berasa cemburu telah menghalang sebarang pembayaran kepada Yuna.

19 Oktober 2006

Ketika jam dinding hampir menunjukkan pukul 9 malam,dua pegawai datang dari Cawangan khas, ke bahagian hadapan rumah Ajak.Mereka telah mendapat arahan untuk menghantarnya jauh dari ruang bumi ini.Mereka menculiknya.Dia meraung.Berteriak.Berusaha untuk melawan.Namun dia hanya seorang perempuan yang berusia 28 tahun yang lemah.Mereka memecut,membawanya jauh dari situ. Apabila pegawai 1 mengeluarkan pistol,Yuna merayu.Memohon simpati.Memohon belas kasihan.Dia mengatakan dia sedang mengandung.Namun pegawai 2 tidak mempedulikan semua itu.Arahan tetap arahan.Dia menarik Yuna dan menghumbannya ke atas tanah.Pegawai 1 segera menembaknya di bahagian pipi kiri.Pegawai 2 terus menanggalkan pakaiannya dan memasukkan ke dalam beg.Namun nadinya masih berdenyut,dan masih boleh bergerak.Pegawai 2 mengarahkan untuk menembaknya sekali lagi,dan dia melakukannya.Selepas itu,kedua-dua pegawai itu mengusung mayat yang menjadi mangsa kekejaman politik itu ke hutan.Pegawai 2 kemudiannya membalut mayat Yuna dengan sejenis bahan letupan di bahagian kaki,abdomen dan kepala.'Booommm...!'.

Di sebalik kejadian kejam itu,seorang saksi telah melaporkan perkara itu kepada pihak yang kononnya dapat menjamin keadilan.Dia adalah orang yang diupah Yuna untuk pergi ke rumah Ajak. Perkara ini telah sampai kepada jabatan keadilan.Setelah diselidik,mereka mendapati ia didalangi oleh pegawai di jabatan itu sendiri. Walaupun mempunyai kuasa,kedudukan dan pengaruh,Azroy tidak dapat menutup lubang yang digalinya sendiri. Ini telah membawa kepada penahanan Ajak dan dua anjing hitamnya itu.

November 2008

Ajak telah dibebaskan atas afidavit yang berterusan manakala dua lagi hanya menunggu keputusan yang akan membawa maut sekiranya didapati bersalah.Ini telah membawa kepada perasaan tidak adil khususnya mereka yang ada talian darah dengan Yuna.Rakyat jelata mula berbisik-bisik.Mula menyebarkan cerita-cerita.Mula mengeluarkan pendapat masing-masing.Sistem keadilan Isketambola mula dipertikaikan.Walauapapun,kepulangan Ajak disambut dengan tangisan sayang dan pelukan mesra oleh isteri dan zuriatnya.

Sementara itu,bapa Yuna meluahkan perasaan tidak puas hati di negara sendiri.Mula memaki hamun terhadap sistem undang-undang negara Isketambola."Kerajaan binatang itu langsung tidak membalas surat-surat yang dihantar dari Kementerian Luar negaraku". Ketika bapa Yuna datang ke tempat pentadbiran negara Isketambola,untuk berjumpa Azroy,Azroy sanggup keluar melalui pintu belakang.bagi mengelak pertemuan yang memalukan itu,pertemuan yang bakal menjatuhkan maruahnya,pertemuan yang tidak sepatutnya berlaku bagi Azroy yang bakal menjadi Orang Kuat No.1 isketambola.

Mac 2009

Azroy telah menjadi Orang Kuat No.1 di Isketambola.Manakal bapa Yuna terpaksa meneruskan kehidupannya dengan tabah bersama dua cucunya yang berusia 12 tahun,trauma atas kematian ibunya,manakala satu lagi berusia 5 tahun dan terencat akal,tidak faham mengapa dia tidak lagi dapat bertemu ibu yang melahirkannnya."Dia setiap malam bertanya tentang ibunya dan dia setiap hari meniarap di atas kerusinya.Setiap malam aku memberikannya gula-gula,dan mengatakan ibunya memberikan kepadaku untuk diberikan kepadanya."

April 2009

Aku mendengar bahawa salah satu pegawai tersebut telah dihukum gantung sampai mati dari seorang yang bertugas sebagai tukang sebat di penjara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm mngenai seseorg je...

qierana berkata...

haha,yep ttg seseorg.