Rabu, 8 Julai 2009

Rungutan sadisku...!

Gembirakah aku? Adakah aku dalam kondisi yang terbaik?Adakah apa yang aku kecapi,kejayaanku,selari dengan peningkatan usia ini? Aku membuat perbandingan.Apa yang aku ada sekarang tidaklah sehebat ,tidaklah boleh dibandingkan,tidaklah boleh dibandingkan,seperti mana Taylor Swift mahupun Juliana Sofie Evans.Populariti,wang kertas, mahupun bakat seni mereka. Jauh berbeza.Mungkin mereka insan bertuah.Dikurniakan kecantikan zahir oleh pencipta alam ini.Mungkin.Mungkin juga kesungguhan mereka,telah membawa diri masing-masing kepada kemasyhuran.Apa yang pasti,kurasa diri ini jauh ketinggalan.Jauh kebelakang.Berbanding dengan orang-orang disekelilingku.Selama lebih 3 tahun ku rasa hidup di tempat orang.Jauh dari keluarga.Jauh dari tempat kelahiran.Jauh dari bumi yang kupijak,dan langit yang dijunjung.Ku datang dengan satu tujuan,yang mana hampir pudar.Ku datang tanpa mereka yang bergelar kawan,teman dan sahabat. Tahun ini mungkin tahun terakhirku di tanah yang penuh dengan imigran.Yang datang dengan harapan mendapatkan ringgit Malaysia.

Jun 2006,hanya itu yang ku ingati,untuk dijadikan takrif,untuk menyatakan waktu,ku jejak tanah yang pudar kemerdekaannya. Kini,aku telah mendapat teman baru,juga teman seperjuangan.Namun kebanyakan mereka telah meneruskan perjuangan masing-masing di tanah lain.Di tanah yang jauh lebih besar dan kompleks.Hanya aku yang beridealogi sempit dan segelintir yang lain yang masih kekal di sini.Tapi aku masih bersyukur kerana masih mempunyai kecekalan dan kudrat untuk meneruskan perjuangan yang pernah ku rasakan samar-samar,kerana ada yang telah jatuh tersungkur pada fasa awal lagi.Walau apapun,aku perlu meneruskan hidup yang bosan,dayus dan penuh harapan ini.Perlu meneruskan rungutan dan cacian terhadap sistem kehidupan yang telah,sedang dan yang akan ku tempuhi kelak. Akan ku caci,ku maki,ku hina meraka ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap manusia telah di tentukan oleh ALLAH jalan haluan masing2....
cuma kita sebagai manusia perlu mencari dan menilai adakah ini jalan yang ditujukan untuk aku...
ingat lah wahai teman,rezeki ada di mana2,cuma di mana ada kemahuan di c2 ada jln...