Isnin, 27 Julai 2009

Orang kata...

Apa pendapat anda tentang Melayu di negara kita ini…? Ya.Tidak kiralah di Semenanjung,atau Sabah dan Sarawak. 

Mat Gandum : Hmm,rempit sejati…

En.Chiang : Mereka kurang berinteraksi dengan sayalah,mungkin mereka juga malu, juga             kurang menanyakan soalan.Eh,saya mana ada cakap bodoh sombong.Tak adalah.

Liew CEO : Semua pekerja saya Cina.Tak ada Melayu.

Abang Chendol : Bagi saya la,kebanyakan orang-orang Melayu kita ni, suka berniaga kecil-kecilan, macam saya lah,hehehe. Kalau ada rezeki lamalah perniagaan tu,kalau tak,lingkuplah.

Nas Ahmad : Bagi sayalah, orang Melayu kita ni pantang tengok Melayu lain berjaya. Kalau lebih sikit, pergi jumpa bomohlah,fitnahla,buat ceritalah, macam-macamlah.

Syiela : Saya tak tengoklah filem-filem Melayu ni,’except’ filem-filem Yasmin Ahmad. Tapi sayangkan,lepas ni tak bolehlah nak tengok lagi. Kadang-kadang meluat juga tengok filem-filem Melayu, dengan cerita entah apa-apa,pelakon dia pakai itu-itu je,bodohlah. Tak boleh pakai punya professor.

Mappa Bendreng: Adakah orang Melayu di sini? Yang ada pehek,sama Bugis la. Pehek banyak kerja sama kerajaan.Polis,di hospital tu,jabatan pendaftaran,dorang-dorang semua tu berkumpul. Orang-orang Bugis di kem-kem banyaklah. Orang-orang Semenanjung askar ramailah.

Ramlan : Bagi sayalah,orang-orang Melayu ni,toleransi mereka masih tinggi lagi berbanding kaum-kaum lain yang ada di Malaysia ini. Namun sebab inilah,mereka selalu mengambil kesempat sehingga boleh menjatuhkan bangsa kita ini.

Manogramden: Bangsa yang masih dijajah dan meminta sedekah di tanah sendiri. Amat memilukan.

Pasya Ungu : Ada yang baik.Tapi kebanyakannya bersikap sombong dan tidak menghormati orang-orang seperti kami,yang datang ke negara ini untuk mencari reski.Saya kerja macam biasalah kontraktor

6 ulasan:

wahyudi my berkata...

Aku bugis. Kira tergolong dlm melayu jugak ka?

qierana berkata...

ya...Melayu-muda, kita Bugis rupanya,sangka Butun...

Tanpa Nama berkata...

Semasa arung dalam pelarian, (diburu orangorang sultan hasanuddin) kau fikir siapa yg sorokkan dia? Ya, raja butun.. Hahaha. Malah ada epik yg menceritakan salasilah leluhur butun ialah dari bugis. Tidak percaya, tanya encik gugel.. Hahaha


wahyudi ensem

qierana berkata...

tapi firasat ini kuat mengatakan, mereka ada kaitan dengan itu om...

Tanpa Nama berkata...

Pergi baca lagi

qierana berkata...

raja butun itu berambut kerintingka?