Jumaat, 2 Disember 2011

kapitalisma rukun iman dunia kini

 Kawan-kawan,kita tidak dapat lari dari hukum ini,hukum kapitalis. Lagi-lagi di negara yang negara yang berideologikan wawasan 2020 di negara kita ini.Membentuk bangsa Malaysia tidak dapat lari dari hukum ini. Untuk membentuk bangsa ini,ekonomi memainkan peranan penting,dan ekonomi negara ini juga merupakan ekonomi kapitalis.Boleh tengok trend politikus-politikus negara ini mengaut keuntungan melalui nama besar mereka.Bisnes lembu,alkohol dan juga bisnes atas angin (sub-kontrak).

Perenggan di atas sangat skema,dan boleh mendapat markah penuh dalam paper BM penulisan.He. Ok,kita semua akan dan sedang berada dalam sistem ini,kita tidak boleh lari. Bakal-bakal graduan juga tidak terkecuali dan merekalah akan menjadi tunjang kepada sistem ini. Pilihlah kursus apa sekalipun kamu tidak boleh lari.

'Apa kena mengena dengan kami? Kerja kami mulia,bantu manusia untuk kelangsungan hidup!!! - pelajar medik.

Ya betul,kamu tolong org,diagnos manusia,dan boleh dikatakan sukar untuk mendapat bejuta-juta dollar setahun (kecuali doktor mahadir), tapi penglibatan anda adalah untuk memastikan sistem ini berjalan lancar. Pharmaniaga   memerlukan anda agar pharmasis boleh tentukan ubat apa yang patut diberi.Bohong kalau Pharmaniaga tidak untung berjuta-juta setahun! Bohong kalau Pharmaniaga memegang sosialis sebagai pegangan mereka. Lancau apa kalau Pharmaniaga buka kilang,buat drug,semata-mata untuk selamatkan nyawa manusia,untung belakang cerita,sapa mau bayar operator kilang? Sub-kontraktor yang buat maintance kompresor,turbine,furnace kilang setiap 3-6 bulan? Pak-gad yang jaga kilang malam2?

Jurutera? Jangan cakaplah,golongan ini lah yang membuat kemajuan kepada sistem ini. Merekalah yang berfikir siang malam agar industi mendapat untung semaksima mungkin. Budak2 bisnes? Lagilah...

Dalam hidup kita ini,di mana ke-excited-annya sekiranya kita semua berkejar untuk mendapatkan kehidupan lebih baik? Menghabiskan masa muda bertahun-tahun untuk mendapatkan segulung ijazah,kemudian keluar,bekerja-kahwin-gaji kena tolak untuk bayar hutang pinjaman pendidikan? Apa semua ini? Negara ini sudah tidak best bagi aku,dan aku rasa,sebab ketidak best inilah ,Fahmi Reza meniru Occupy Wall Street menjadi Occupy Dataran,dan muncul lagi Occupy Parlimen.He.

Islam sendiri menyatakan,perniagaan itu merupakan cara pencarian rezeki yang terbukti secara efisien,tp ideologi2 dalam Islam mengimbanginya dengan sedekah,korban,dan jihad. Tapi,sekarang ni,siapa tidak mahu senang? Semua akan bertungkus lumus untuk kesenangan.Termasuk aku.

Aku rasa,sampai kiamatpun kapitalis ini akan diguna pakai,selagi ada nafsu,selagi itulah ada. Apa boleh kita buat? Kita tidak boleh lari,dan hapuskan benda ini. Terus terang aku cakap, menetang secara berdemo,tidak mendatangkan apa-apa hasil,kempen kesedaran betapa jahatnya sistem ini pun tidak akan berhasil. Ini kerna,kita semua semakin sebati dan suka akan sistem ini,tidak terkecuali aku.

Bagi mereka yang ingin menentang,satu saja aku cakap,kau mesti memasuki sistem ini untuk merobohkan sistem ini. Kerjalah di kompeni macam Gardenia,dan lesapkanlah berjuta-juta roti yang sudah naik 20sen itu,dan berikan kepada fakir dan miskin.

Harapan akan sentiasa ada. Kehidupan di dunia ini mungkin akan lebih baik.Mungkin suatu hari nanti,sosialis akan disebatikan dalam kehidupan kita. :)

2 ulasan:

AC berkata...

Mungkin kamu perlu betulkan satu fakta yang salah.

Fahmi Reza tak tiru Occupy Wall Street. Kalau kau baca banyak media antarabangsa, mereka tulis Occupy Dataran yang mula dulu sebelum Occupy Wall Street!

Tak percaya? Baca petikan ni dari akhbar Daily Mail di UK:

"That event would mark two months since the beginning of the camp, part of a global movement that started in Kuala Lumpur with Occupy Dataran in July."

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2061670/Occupy-Wall-Street-Judge-rules-protesters-CANNOT-return-Zuccotti-Park.html#ixzz1fOiZigqK

Suratkhabar The Star pun cakap benda yang sama:

"Looking at the dates, you can see that the Occupy protests first sprouted in Kuala Lumpur (July) followed by Wall Street, New York (September) before taking hold of other major cities in the world such as San Francisco, Toronto and London. (Some international reports have even acknowledged this.)"

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F11%2F20%2Fnation%2F9942775&sec=nation

qierana berkata...

ops sorry,tp saya ada tulis 'aku rasa lah ' btw,thnks baca... :)