Jumaat, 22 April 2011

Sepetang bersama kanak-kanak kampungan.

Cuaca hujan.Hujan Lebat.Aku berdiri bawah pokok.Tggu hujan berhenti. 59 minit kemudian, cuaca cerah,sgt cerah.Aku masih di bawah pokok.Kali ni berteduh dari terik pulak.Biasalah,kena jaga kulit,nnt bakal mak mertua tgk pun hati sejuk.

Ok.Cukup dengan tahi lembu itu. Tiba-tiba....

"Pijak,pijak!!"
"Ha pijak lagi!! Rasakan."
"Amek kau!"

Menarik perhatian,dan curiga.Mula2 aku takut.Kemudian aku beranikan diri jugak,walau terik masih ada.
(maaf bakal mak mertua.)

"Adek,apa adek-adek buat ni?Ish ish!"

Budak2 ni tgh pijak2 satu gambar. Ya gambar! Gambar seorang pacik berambut putih,dgn senyuman gatal dan menunjukkan jari telunjuk ke atas.(bukan jari tgh ya). Dan di bawah,ada tertera SATU M*****A.

"Ish adek,kenapa pijak gambar pacik ni,x baik tau,dia ni ketua negara kita,menggambarkan imej negara kita."
Aku sebagai seorang yang sudah akil baligh,terpelajar dan berwawasan terpaksa menegur budak2 ni. kecik2 dah bebai.

"Kenapa adek,kenapa?" suara tinggi.

"Nak tau kenapa? Sebab..."

DIA BUAT EMAIL 50 JUTA!!!!!  (budak2 ni boleh jawab serentak,sakit telinga aku.)

Aku macam owh... Lepas tu aku blah,x pasal2 aku pulak kena pijak,event aku ada dua email yang aktif sekarang ni,Yahoo dan Gmail. Tapi aku x paham,macam mana dia boleh buat 50 juta,aku yang ada dua email ni pun mcm malas gak nak bukak.Gila apa orang tua ni. Yang budak2 ni apahal plak mau marah2,smpai pijak2 gambar orang tua tu.

Serius shit,aku x paham.Email 50 juta? WTF man.

Sambung balik berteduh bawah pokok.Dah la mau beli Nevea Whitening care pun x mampu ni,Haish!

2 ulasan:

^^ berkata...

perdana menteri?

qierana berkata...

bukanlah,gila aku mau kutuk PM,kena sumbat pg kem kamunting nnt..kah3!