Jumaat, 18 Februari 2011

Subjektifkah?

Hidup kita subjektif,org mungkin cakap gila skema kehidupan seseorng,tp bagi yang di cop skema tu,bagi mereka,itulah jalan yang mereka pilih,jalan untuk meneruskan dan menikmati hidup dengan cara sendiri.Mereka yg dimanipulasi mungkin hidup dlam pilihan yang agak objektif. Macam anak yang patuh dengan suruhan orang tua.Dari kecik,hingga ke besar,semua telah di atur oleh ibu-bapa yang manipulatif. Sudah kawen pun masih lagi di susun atur seperti pengacara majlis menyusun majlis penyampaian hadiah tadika kemas.

"Jamri,bapak mahu kau berjaya,so,sabtu ahad ko pg tuisyen."

"Rosman,kau mahu pergi mana,sudah gelap ni,masuk bilik,baca surat khabar!"


"Fatihah,mak x setuju kau kawen dengan Mansor tu,kerja bawak lori,tiada masa depan,kau kawin dengan Bakri,dia tu doktor taw."



Syukur mak-bapak aku sporting sikit,(bapa aku lebih sporting sebab dia main badminton) so,aku rasa bebas dalam proses kehidupan keremajaan ku walaupun aku rasa hidup aku kurang subjektif. Tapi walaupun kita hidup dalam kesubjektifan atau keobjektifan, tapi kita masih ada opsyen,pilihan,dan boleh menentukan hala tuju kita sendiri. Kita boleh ubah dari objektif ke subjektif,tp aku x suruhlah kamu lawan cakap org tua,jadi kurang ajar,memberontak gila-gila dan terus jadi budak bermasalah,ambil itu ambil ini,huha sana,huha sini. Dan aku x cakap,hidup secara objektif bosan macam babi,atau teruk,cuma kita ada had dan terbatas,itu saja.

Maksud aku,sampai bila kau hanya ada beberapa pilihan untuk meneruskan hidup,pilihan yang dipengaruh oleh org2 tertentu dari hidup kita ni. Keluarga,kekasih,tunang,kawan baik selamanya,jangan terlalu ikut telunjuk dorg ni,mungkin kita boleh mendengar,tapi jangan terlalu mengikut 100%. Hidup yang objektif  memang boring as fak,  bayangkan hidup kita lepas SPM,hanya ada dua,sambung belajar atau kerja(memburuh). Kamu ada opsyen lain? Bagitau aku. Kenapa tidak, lepas SPM kita meneruskan minat kita,main musik,buat koleksi perempuan yang kau dapat date, baca buku2 tulisan sosialis2 barat, melukis,berkarya,apa2 sajalah yang tidak tergolong dalam perbuatan jenayah. Kenapa tidak? Memanglah benda ni tidak mendatangkan kepala agong,tp mau hidup tu pandai2lah kan? Subjektif,banyak cara kita boleh buatkan?Memang kita tidak akan lari dari rutin harian yang sangat objektif,dan apa yang membuatkan kita meneruskan hidup tersebut adalah paksaan keadaan. Tapi still ada opsyenkan?

Kesubjektifan hidup kita bagi aku memang tidak terbatas, walaupun kerajaan menggunakan duit rakyat dari ASB dan KWSP untuk menghidupkan semula nyawa-nyawa syarikat yang hampir muflis,tapi still ada asas yang boleh di jadikan satu perspektif yang positif.

Kimak apa positif kau pakai duit rakyat zilion2 untuk mengelakkan kerugian


Kerajaan boleh cakap,dengan menghidupkan kembali syarikat mega2 dorg,dalam masa 10 tahun,defisit dan revenue dorg boleh cover dan duit rakyat yang dipakai boleh dipulangkan berserta imbuhan. Tgk betapa subjektif dan indahnya hidup kita. Ok,aku malas mau sebut2 kerajaan yang sgt subjektif ni,aku bukan tau pun,nnt ada org provoke lg la mati aku.

Mau ckap benda ni panjang2 x guna,bukan ada org baca pun,kalau ada bacapun belum tentu dorg paham.Kah kah kah! So lets end it. Hidup kita ni bg setengah org kompleks,bg setengah lagi simple as u taking shit,its theirs opinion,and for us just respect it. Dan,bagi kita yang terlalu fikirkan hidup ni,ingatlah,hidup kita ni subjektif,so relax,anything can happen. Dan hanya tuhan saja yang boleh mematikan hidup subjektif kita ini. Jadi,tunggu apa lagi,buat apa yang kau rasa mau buat,jagn ikut org lain punya tahi,dan hidup kita ni sememangnya awsamm walau kita hidup dengan bergaji 300 sebulan saja.



Da berapa benda yang kau cross dalam list hidup kau? 

3 ulasan:

shane. berkata...

kalau dua dua tak 'sporting' mcm mna? btw i did not crosses much in life >.< not that much -,-

qierana berkata...

me neither shane :(

maybe u should jus follow the rythm 4 a while...can u shane?

^^ berkata...

hmmmm btl2, tu la namanya faith
iya ka?
pandai2 jak...
buat apa yg termampu!
apa la ku mrepek ni