Isnin, 13 Disember 2010

Kesunyian Ini.



Lain,pelik dan takut sikit. Semalam sebelum tidur aku rasa sunyi,mcm2 aku fikir atas alasan kesunyian ini. Semalam jugak aku rasa sedih sedikit sebab Drogba x kasi masuk tendangan penalty.Sebagai seorang true blue,ia mmg pedih.Mmg susah mau terima,bila team kita sokong dgn hati yang penuh x penah menang 7 perlawanan berterusan.Fuck!



Cerita pasal sunyi aku.Entah semalam aku betul2 rasa sunyi,baik saja aku baring d sofa ruang tamu rumah aku. Tyme tu suda jam 2.30pg,aku layan sunyi ntah smpai jam berapa. Sampai la terbawa-bawa pg mimpi. Tapi aku x ingat mimpi aku dgn jelas.Apa yang aku ingat,aku sampai nangis2 sebab gembira ada brada pakai kopiah ni,mcm ambil berat pasal aku.Kira aku situ sembayang punya org la. Aku ada rasa mcm aku lebih dekat sama tuhan,dan brada pakai kopiah ni lah bimbing aku rasanya. Dan,secara tidak langsung,kesunyian aku pudar,sedikit demi sedikit.


Terus terang sini,aku mengaku,aku gembira sangat2 bila ada kawan aku call,sound dan apa2lah utk ajak lepak. Tyme tu lah aku rasa aku tidak sunyi,tyme tu la aku rasa enjoy,tyme tu la aku rasa seronok,biar aktivit kami sebosan macam mana pun,sbg contoh bakar receipt ATM depan rumah aku. Terima kasih tuhan,aku ada dorg2 ni. Aku tidak punya ramai kawan,berbanding dgn kawan2 aku yang lain. Kalau tgk kawan2 aku ni,biar dorg pg mana,mesti ada ja org kenal yang dorg sound,walau pergi pasar tanjung sekalipun untuk beli amplang.Kadang2 ada cemburu jugak,bila aku tgk budak2 lepak dgn member2 dorg ramai2. Tapi aku masih bersyukur,biar kawan aku hanya ada sorg.Janji ada. Dan mgkin aku sepatutnya mula untuk bersyukur dgn mereka2 ini,yg sudi berkawan dgn aku,sudi utk menegur aku dan sudi tgk bola sama2 dgn aku. Kamu smua awwsamm!

Tapi,lain plak cerita bila meja sebalah pasangan yg tgh hangat bercinta. Ini lg kasi tambah rasa sunyi la syial! Gersang,terdesak,loser,ayam,haa,apa lagi? Macam x lengkap plak bila tiada yang teristimewa dalam hidup ini.X kesahlah ko punya teristimewa sama jenis ka,tunang org ka,tua 20 tahun ka,janji ada org yang kita boleh kongsi hidup ini.Kalau ada jodoh,adalah.Hmmm,x boleh,kita cari jugak. Sampai bila mau guna alasan ni. Rugi hidup kalau x rasa cinta. Aku fokus cinta dua insan,bukan cinta agama,rakyat,tuhan dan etc. X kesahlah kita rasa cinta itu sehari saja.Tapi betulkan cinta itu indah? Sunyi aku mgkin terus lenyap luluh bila cinta muncul. Macam budak sekolah lari bila tgk cikgu disiplin kumis tebal.Cinta,cinta,cinta. Memang aku gembira smpai senyum lebar hari2 mengalahkan jalur lebar kalau ada org balas cinta aku.Perghh!!!!!!! Jiwang!!!!!!!!!


Tp,semalam btul2 lah,aku rasa mcm bipolar.Macm,dan bukan aku mintak2,palis2! Baru aku rasa ada klu sikit,dlm macam apa yang aku tgk dalam TV,mcm mana bole wujudnya serial kiler,maniac stalker,obses dgn perempuan,atas sebab kesunyian yang sterusnya membawa kepada tekanan perasaan yang mana semakin hari semakin teruk. Then,jd gila.Oh,tuhan,bantulah aku.Xmau2,ubatlah kesunyian aku ni. Dan mungkin aku sepatutnya mulai jadi seorang Muslim yang true.


Aku perlu mula download lagu2 Maher Zain.

Tiada ulasan: