Sabtu, 6 November 2010

Mati.

Mati itu indah bukan?
Lepas dari tanggung-jawab sebagai anak,
Tidak perlu cari duit,
Bebas dari arus mentaliti tipikal Melayu,
Perlakuan dosa sedikit,
Menilai cantik-hodoh sudah tidak perlu,
Fikiran untuk merobah dunia juga tidak perlu,
Apa lagi saudara-kawan durjana,
Tapi siapa mahu mati?
Najib? Anwar? Obama?Siti Nurhaliza? Messi?
Aku ada rasa aku mahu mati cepat.Kau?
Bohonglah.
Mungkin kau pernah dengar,itu lebih dasyat dari kematian.
Tapi kau pernah jumpa 'itu'?
Pengemis-pengais-pelarian.
Semua tidak mahu mati.
Mereka masih di bawah sfera keberlangsungan untuk hidup.
Siapa? Gadis sunti yang mengerat saluran darahnya sebab diperkosa?
Dia tidak mahu mati.
Cuma sedikit merajuk dengan Tuhan.
Bila kau rasa dunia sudah tidak perlukan kau lg,
Kau masih takut mati.
Biarlah hidup tanpa hati seratus tahun lagipun kau sanggup.
Hey,jangan terpengaruh dengan apa yang kau lihat!
Bermain dengan api,haiwan liar, dan hukum alam,
Mereka juga takut mati,cuma mereka berani sikit.
Sikit!
Jangan ketawa.
Nanti kau sudah tengok muka kau bila Izrail datang melawat,
Baru kau ketawa,ketawalah sepuas mu.
Aku tidak kisah.
Betul aku tidak.
:)

Tiada ulasan: