Rabu, 3 November 2010

Jodoh.


Minggu ni,aku sbgai bambong (penganggur) terhormat, sekali lagi menghabiskan masa secara berkualiti di rumah.Boleh aku anggarkan,genap 11 bulan aku di sini,tanpa kerja  dan kasih syg secara professional.Actually aku ni more into outdoor stuff,indoor mcm maen congkak,batu semban,mem-PS-kan diri,itu bukan aku,walaupun 2010 ni aku bnyak menghabiskan masa diri rumah. Peluh2 badan la baru best.Lately,aku slalu jugak memfutsalkan diri. Tapi minggu ini aku mau lepak rumah ja. Haha. Kehadiran hard disk ehsan en.Plate, yang penuh dgn filem2 pecah panggung-ada topless scene-masih segar-dan awsam,buatkan aku mau lepak rumah ja,mau kasi khatam sama ini hard disks. Novel/buku penulis J.D Salinger- Catcher in the rye juga aku terpaksa tangguh dulu,wlupun suda separuh jalan. Kalau budak Gudang Garam x bagi tahu,mmg aku x kan tahu kewujudan novel/buku dan x kan baca English writing ni. Btw,aku baca jugak.

Baca entri ni punya intro,memang lame,dope,tulisan budak darjah 6,panggil apa korg suka,x kesah. Tulah follower aku ada 10 org ja,act 9 sebab Apis follow aku pakai 2 profile. Biarkan dia. Kali ni,aku bukan nak cerita mcm cerita dalam blog2 awek2 cun,yg ada kamera digital single-lense,follower beratus,entri komen mcm komen status d FB. ,cerita benda yang buat dorg nampak cool,lg diminati ramai,atau aku panggil blog diari. Aku nak cerita pasal jodoh,tu lah tajuk dia jodoh.Xkan aku mau cerita pasal idealis2 yang suda matikan? 

Semalam aku tgk “I Love U Man”. Lakonan Paul Rudd(as Peter Klaven),da smokin Rashida Jones(as Zooey Rice),dan brada How I Met Your Mother,Jason Segel (as Sidney Fife) . Ok,aku bukan mau review apa ttg movie ni,pengetahuan aku cetek dlm bidang seni hiburan-filem ni,mau review ttg watk-perwatakan,latar tempat,gaya bahasa,woi! Ingat KOMSAS apa?? Sumpah aku x reti. Aku cuma mau ckp apa yg kepala otak aku rasa.

Sydney,Peter dan Lena(vespa)
Filem ini mengenengahkan(shit susa mau eja) ttg nilai persahabatan,di antara Peter Klaven dan Sydney Fife. Permulaan cerita ini menunjukkan pelamaran Peter terhadap hunny-bunny,sugar plum, intan payung,atau GF Peter,Zooey. Jawapannya suda tentulah ‘yes’. Kalau aku buat list top 10 lg,aku mau masukkan Rashida Jones ni,urghh! Orang putih kawen,mesti ada best man kan,tp,Peter ni,mcm mana aku mau cakap ya,hmm… Oh,Peter x da best man,ya dia langsung x da kawan. Kalau ada budak mcm ni yg kita kenal,mesti suda kenak cop loser pok(bro)! Byangkan Peter ni x da kawan langsung! None! De’gaga! Kawan sepejabat yang slalu gurau2 anjing dia pun dia x anggap kawan,atau best man. Bakal awek/tunang dia sendiripun ckp dia ni xda kawan baik(BFF)fak,dan kalau ada pun,it would be his mother. Bang! Peter terdengar ini.Dan tahu dia harus cari best man secepat mungkin.  Dan inilah yang di jadikan jalan cerita bg filem ini.  

Ingat senangkah mau cari best man ni,lagi2 kalau xda kawan macm Peter ni.Wat a loser! (aku kutuk Peter,akupun mcm sama dengan ja) Macam2 org dia jumpa untuk mencari calon best man ni,dari Lonnie(fak! Lawak babi brada ni),Doug,lelaki homoseksual yang chomolot dgn Peter,sampailah dia jumpa Sydney,yang satu kepala smpai dorg jadi rapat. Pastu dorg ada internal crisis,pastu kawan balek bila Sydney dtg tyme Peter kawen. The End.Haha.

Tapi,kalau ada kawan mcm Sydney ni mmg besh. Yang babi ttg Sydney ni,dia bg nama anjing dia Anwar Sadat,fak! Haha! Kalau kamu ada tokkek(gecko) bg nama la Najib. Sydney telah banyak merubah Peter.  Sejak dorg selalu lepak sama2,dpt dilihat perubahan emosi Peter,dia semakin gembira. Dorang jamm sama2,dorg becerita ttg sex, menggocok(melancap),dorg pegi konser sama2,naik gunung sama,dan semua ini spt memberi  kehidupan baru buat Peter. Inilah jodoh,pertemuan dorg berdua ni mmg tidak dirancang. Aku selalu dgr kawan ketawa senang mau cari,kawan nangis susah. Ada betul jugak. Tapi aku skrg mau cari kawan ketawa pun susah,ha? WTF man! Ok, aku teruja,terpegun,dan aku x tau mau gambarkan perasaan aku lagi,bila Sydney ajak Peter lepak di rumah dia. Pergh! Ya,Welcome to Temple of Doom! Rumah Sydney awsam!Ada drum set pok! Ada studio musik,lengkap,semua ada,tabla pun ada.Dinding dia penuh gambar berbingkai. Itu retro!Tv sampai 3 bijik.Rumah bujang yang awsam! Aku mmg mau tiru macam Sydney,aku mau buat rumah aku macam tu. Tyme bujang la kita cari rumah sendiri,sewapun sewalah kan,janji rumah sendiri,x kan sudah kawen baru mau cari rumah kan? Walaupun aku skrg masih tinggal di rumah nenek yg agak old school ni,aku suda tanamkan aku mau cari rumah sendiri,decorate sendiri,peraturan sendiri.Baru aku rasa ada life,ada tujuan hidup ni,sampai bila mau hidup dalam system skema dan dictator ni kan? 

Ok,aku cerita pasal rumah pulak,aku mengaku aku terbawa-bawa.

Jadi,memang bersyukur aku kalau dapat member macam Sydney ni,yg tidak tunduk dan terikut dengan sistem dan kebiasaan budaya yang ada. Jujur dalam berkawan,hanya itu saja cukup buat Sydney. Dia tidak minta apa2 balasan,dia juga tidak hipokrit seperti manusia sekarang,lebih2 lagi mereka yg berstatus org bandar,(org macm ni,baik ko mula gali lubang kubur sendiri)Sydney jugak seorang yang setia pada kawan,(bro before ho)pilih bulu mmg amat jauh. Setakat pakai kasut supra,serban warna-warni dekat leher,baju ada tulis MnG,pakai spec Reben,pakai kereta 2.0 ke atas,penah jadi model tudung dalam majalah Wanita,itu semua dia x heran aku rasa.Bagi Sydney,lepak2 sama dengan member2,dan enjoy,itu sudah cukup. Ini yang aku tgk pada Sydney.
Mgkin kita suatu hari nanti,bila kita tinggalkan zaman kolej atau sekolah,kita akan sibuk dgn alam pekerjaan dan mungkin rumah tangga,dan dgn ini,lepak dgn member dan buat kerja2 gila bersama-sama,semua itu akan di abaikan. Dan tyme tu,kita akan lebih cenderung terhadap perkara yang berkaitan rumah tangga kita. Barang dapur,gincu bini,yuran sekolah anak,loan bank,anak dapat nombor berapa di sekolah,itu semua akan jadi satu benda yang selalu lepak di kepala otak kita. Kalau tyme tu kamu masih ber-FB,mungkin status berbunyi “Mau tido awal mlm ni,besok kena bgn awal,buat sarapan utk anak dan suami tercinta”-“Tensionnya di pejabat,x sabar balik rumah,maen dgn bini dan anak2”- “Hari ini pergi muzium dgn family tersayang,semoga anak2 pelajari sesuatu yang baru”. Fak,fak,fak,fak,fak! Memang tipikal ! Sgt tipikal! Memang dulu kamu jadi mangsa peng-skema-an. X kan anak2 pun ikut sekali jugak,come onlah!

Ok,sekali lagi aku terbawa-bawa.

Apa-apapun,best man/woman itu,semua terpulang dari kita,ada yang perlukan,ada yang tidak. Yang tidak ini,robot kilang,tiada hati dan perasaan. Dan utk dapat best man/woman ni,tidak senang seperti kita dapat kawan di FB,main click ja. Tgk org sekeliling kita,mungkin kita tidak perasan atau terlepas pandang.Bahawa best man/woman itu,sentiasa ada bersama kita yang bnyk membantu dalam kehidupan mencari cinta dunia-akhirat. Sekiranya ada,jgnlah tidak dihargai,dan perselisihan itu biasa,mcm org couple dan yg sudah kawen,dalam persahabatan juga ada masa2 kritikal dan prejudisnya sendiri. Malu utk mengekspresikan perasaan syg terhadap best man/woman itu biasa,terutama lagi kalau kau org melayu,tp tidak salah utk cuba kan? X bole dgn perkataan,dgn perbuatan,x boleh jugak dgn perbuatan,baik ko mula gali lubang kubur ko sendiri . Apapun,jantina,bangsa,agama,tempat tinggal,pekerjaan,level pendidikan,miskin-kaya,hodoh-cantik,BN-PKR,Fasis-komunis,Hardcore-dangdut,ini semua bukan alasan utk tidak berkawan, bukan sfera penghalang bg kita semua manusia utk berkawan dan bermesra.Bukan.
Anjing pun ada yang kongsi makanan dgn kucing.


*entri ini bukanlah mau tunjuk aku ni manusia yg berjiwa tulus atau apa,kdg2 akulah manusia yg selalu kutuk2 belakng member,pijak2 member,ludah2 member,dan bnyk lg benda2  yg kurg sopan aku buat. Hello,aku jugak insan biasa,punya rasa punya hati,pernah dgrkan tiada siapa sempurna?

3 ulasan:

^^ berkata...

BEST!!!!
suda ku tgk...
hidup rumah bujang

qierana berkata...

nnt kita buat rumah cenggitu,lepak2 menom ber

^^ berkata...

ahahaha tggu kita menghabiskan perjuangan d rantauan yg penuh dgn perhitungan