Jumaat, 10 Mei 2013

Demokrasi dunia ke-3?

Pertama kali mengundi,pertama kali jari telunjuk berwarna biru,walaupun tidak seberapa kekal seperti yang dikatakan,dan pertama kali menyaksikan/memerhatikan sistem demokrasi sedemikian. Beberapa malam sebelum mengundi aku ada berbicara dengan beberapa kawan,kami ketawa dengan penuh semangat walau ketika itu matahari kian terbit. Paling lucu bila ada seorang dari kami yang sedang mabuk berkata "Dengan 50 ringgitpun ramai jugak tu yang sanggup undi dia." Di sini aku fucked up sekejap,orang yang mabuk pun boleh berfikir sedemikian,ORANG YANG MABUK!

Menunggu keputusan pada malamnya,apa yang si mabuk cakap betul,dengan 50 ringgit itu ramai yang undi dia,tidak payah tau siapa calon dan berapa majoriti dia menang. Bagi aku memberi duit kepada pengundi itu sudah cukup menunjukkan penghinaan kepada sistem demokrasi di negara ini. Beberapa scene yang agak thrill bagi aku seperti pengiraan undi di Pantai Dalam,dan juga update di Bangsar yang kononnya rakyat turun bersatu untuk menghalang penambahan kotak undi. Keputusan yang menunjukkan bahawa PR sudah leading,di internet membuat ku berasa tagline Inikalilah! betul-betul akan menjadi kenyataan,tapi meleset,ke laut,palsu,dan amat memainkan perasaan bagi mereka yang ingin ubah. Kalau orang bercinta,memang akan meroyan di akaun fesbuk dan twitternya.

Kekalahan ini membuat ramai yang keciwa dan menghilangkan mood untuk tidur pada malam itu. Di internet sudah ramai sosok-sosok menunjukkan video dan segala macam alat menunjukkan bukti kemenangan barisan adalah tipu! Bangla ada IC,lampu mati,tambah kotak undi,gerrymandering,macam-macam! Sampailah ke hari ini.

Alasan tipu ini diikuti dengan satu lagi perhimpunan yang bersejarah,Blackout 505 diberi nama,di mana ratusan ribu rakyat yang tidak puas hati berkumpul di padang Kelana Jaya,dengan tema hitam. Jalan jamm gila babas,mereka berjalan kaki beratus meter,berhujan,ada yang datang luar dari lembah kelang,berkerusi roda,dan yang paling bad-ass ada orang buta,bukan menjaja tisu cap dolphin tetapi untuk menunjukkan solidariti menolak keputusan pilihanraya ke-13 ini.Gila tak gila. Tapi apakan daya inilah harga yang terpaksa dibeli rakyat untuk sebuah demokrasi yang true!

Di sini,sekali lagi melihatkan,bahawa bangsa Malaysia itu bukan omong-kosong,bukan dongeng,bukan mitos,dan bermacam bukan lagi. Semua bangsa berkasih-sayang,meluahkan perasaan,malah bercerita pasal drama melayu,aneh! Tiada lagi melayu,cina,india,yang ada cuma Malaysian! Dengan selamba rock amoi cun lilit nafela pas di kepala,dengan tiada perasaan was-was, bukan muslim mengibarkan bendera pas,begitu juga melayu dengan bendera yang ada logo roket. Mungkin sikit hari lagi,bila disebut takbir,mereka juga akan menyahut Allahu-Akbar! Sentimen perkauman sudah tidak laku! Ancaman kepada agama Islam yang dilelong juga suda tiada siapa yang beli. Apa yang ada,adalah penolakan pembohongan yang amat tahi dari kuasa yang sudah lemah dan takut dari semua rakyat negara ini! Rakyat sudah bagi amaran,tipu pilihanraya,rakyat turun jalanraya! Inikalilah!













2 ulasan:

mna4malaysia berkata...

Camne kau hasut dak umah kau dtg skali?

qierana berkata...

dalam diam,dorg ni nak kebenaran jugok,haha