Jumaat, 23 Disember 2011

Tahisme.

Ini cuma teori.Cuma apa dalam kepala hotak aku. Salah satu pahala yang tidak putus selepas mati adalah sedekah dan amal jariah. Islam semua tahu akan benda ini. Dan makin banyak dan besar sedekah dan amal jariah anda,maka makin besarlah pahala betul? Dan di sini,maka terlintas lagi satu teori tahisme aku. Kita semua patut mengejar kekayaan di dunia ini,mengaut keuntungan dan mencari rezeki semaksimum mungkin. Sekiranya kita boleh dikategorikan sebagai orang kaya  maka wang ringgit itu bukan masalah lagi. Jadi,sedekah jariah juga bukan satu masalah,dan makin besarlah kemampuan kita untuk bersedakah dan beramal jariah. Cuba bayangkan anda seorang jutawan,dan 100K itu bukan masalah untuk disedahkan. 100k itu anda sedekahkan kepada tabung masjid dan sebagainya. Dan nilai 100K inilah saham anda di akhirat kelak dan akan dituai mengikut masa yang telah ditetapkan oleh tuhan.Sebenarnya,sedekah dan amal jariah adalah perniagaan yang amat menguntungkan bukan? Jadi,mulalah mencari duit dan rezeki sebanyak mungkin.