Khamis, 17 Februari 2011

Harapan.

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar - wiki.

Aku bukan environmentalis,aku juga slalu buang merata,ludah merata,mencarut merata. Revolusinis? Idealis? Jauh dari aku. Cuma aku mau bgtau apa yang aku rasa aku tahu. Ok,sekarang bumi kita memang boleh bertahan,tapi sampai bila? planet marikh? Hmmm,xpayah mahu berangan tinggal d marikh atau bulan,kita semua akan mati d planet bumi ini.Dan aku rasa CFC (satu molekul boleh bertahan 50-100 tahun bro)yang kita hasilkan setiap hari,lebih bertahan dari hayat kita. Selain berkhidmat kepada agama bangsa dan negara,kita juga kena berkhidmat kepada alam sekitar. Kepada yang Muslim,kan kita pernah belajar tyme form 3,adab terhadap makhluk tuhan yang lain?

Tapi sekarang,demi
 memenuhi permintaan,kini banyak kilang-kilang dan projek-projek telah di bina dan dalam perancangan. Dan kebanyakannya adalah berdasarkan pengeluaran sahaja(productivism)  tanpa mengira efek terhadap alam sekitar,keperluan rakyat yang sebenar dan masa akan datang. Itu belum kira pemburuhan kepada golongan yang berpendidikan rendah,yang dipijak hak mereka sebagai seorang manusia.

Di Sabah,pembalakan untuk perladangan dan kilang kertas dan pulpa di Kalabakan telah di buat tanpa Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).Dan ini telah diakui secara terbuka oleh pegawai-pegawai kerajaan yang terbabit. Satu kes sebagai contoh,satu cadangan untuk menebang hutan seluas 240k hektar di Sabah oleh kerajaan negeri dan Innoprice Corp Sdn.Bhd untuk perladang tumbuhan luar biasa,dilaksanakan tanpa EIA.WTF? Tyme tu Osu Sukam lagi jd menteri,dia cakap,projek ni dilakasanakan tanpa EIA sebab due date dorang yang singkat dan projek ini bernilai RM4.56 billion.WTF!! Satu lagi,menurut Safari Manan - Setiausaha Yayasan Sabah

 "tidak pernah menjadi satu amalan di Sabah memperoleh kelulusan EIA bagi pembalakan,apa jua yang dikatakan undang-undang...jika apa yang kami buat haram,maka semua pembalakan di Sabah sejak 11 tahun yang lalu adalah haram kerana satu pun tiak tertakulk dengan EIA"

fak,fak,fak,fak,fak,fak,fak!!!

Sabah ni luas dia 72500 km persegi,bayangkan berapa banyak projek yang dibuat tanpa protokol dan cara yang sah. Senang cerita projek haramlah,projek yang tidak ambil kira tentang efek terhadap alam sekitar,yang memusnahkan ekologi,habitat,dan kebiodiversitian. Memang banyak!

Tapi baru2  ni ada satu berita gembira,di mana Kerajaan Sabah telah membuat keputusan untuk tidak membina loji janakuasa arang batu di Lahad Datu. Klik sini. At least,dalam jahat-jahat kita dengan alam ni,masih ada petanda yang baik,masih ada harapan dan harapan akan sentiasa ada.Pedulikan mereka yang berkata berharap hanya untuk loser.

Walaupun ekologi politik kita tidak segempak negara-negara orang putih ,yang kini kebanyakan hasil seni arkitek mereka dimasukkan dengan elemen2 mesra alam dan penjimatan tenaga,sebagai contoh Calirfonia Acedemy of Science, pembatalan loji itu,satu petanda baik,dan bole dijadikan mangkin macam dunia follow revolusi Tunisia. Hahaha! Dan kesedaran sivik rakyat negara kita,dan pembabitan mahasiswa-siswi dan NGO yang semakin positif, mungkin boleh merobah kondisi ekologi politik negara kita sekarang.

Bumi ini,alam ini,udara yang kita sedut ini,adalah milik-Nya,dan kita generasi sekarang harus berterima-kasih kepada generasi sebelumnya yang berjaya mengekalkan dan memberi kita nikmat alam ciptaan tuhan ini,dan sekarang giliran kita pulak untuk berjasa kepada generasi akan datang untuk memulangkan hak mereka ini dengan kondisi yang tulen.





Masih tidak terlambatkan?







Tiada ulasan: