Isnin, 27 Julai 2009

Orang kata...

Apa pendapat anda tentang Melayu di negara kita ini…? Ya.Tidak kiralah di Semenanjung,atau Sabah dan Sarawak. 

Mat Gandum : Hmm,rempit sejati…

En.Chiang : Mereka kurang berinteraksi dengan sayalah,mungkin mereka juga malu, juga             kurang menanyakan soalan.Eh,saya mana ada cakap bodoh sombong.Tak adalah.

Liew CEO : Semua pekerja saya Cina.Tak ada Melayu.

Abang Chendol : Bagi saya la,kebanyakan orang-orang Melayu kita ni, suka berniaga kecil-kecilan, macam saya lah,hehehe. Kalau ada rezeki lamalah perniagaan tu,kalau tak,lingkuplah.

Nas Ahmad : Bagi sayalah, orang Melayu kita ni pantang tengok Melayu lain berjaya. Kalau lebih sikit, pergi jumpa bomohlah,fitnahla,buat ceritalah, macam-macamlah.

Syiela : Saya tak tengoklah filem-filem Melayu ni,’except’ filem-filem Yasmin Ahmad. Tapi sayangkan,lepas ni tak bolehlah nak tengok lagi. Kadang-kadang meluat juga tengok filem-filem Melayu, dengan cerita entah apa-apa,pelakon dia pakai itu-itu je,bodohlah. Tak boleh pakai punya professor.

Mappa Bendreng: Adakah orang Melayu di sini? Yang ada pehek,sama Bugis la. Pehek banyak kerja sama kerajaan.Polis,di hospital tu,jabatan pendaftaran,dorang-dorang semua tu berkumpul. Orang-orang Bugis di kem-kem banyaklah. Orang-orang Semenanjung askar ramailah.

Ramlan : Bagi sayalah,orang-orang Melayu ni,toleransi mereka masih tinggi lagi berbanding kaum-kaum lain yang ada di Malaysia ini. Namun sebab inilah,mereka selalu mengambil kesempat sehingga boleh menjatuhkan bangsa kita ini.

Manogramden: Bangsa yang masih dijajah dan meminta sedekah di tanah sendiri. Amat memilukan.

Pasya Ungu : Ada yang baik.Tapi kebanyakannya bersikap sombong dan tidak menghormati orang-orang seperti kami,yang datang ke negara ini untuk mencari reski.Saya kerja macam biasalah kontraktor