Jumaat, 23 Disember 2011

Tahisme.

Ini cuma teori.Cuma apa dalam kepala hotak aku. Salah satu pahala yang tidak putus selepas mati adalah sedekah dan amal jariah. Islam semua tahu akan benda ini. Dan makin banyak dan besar sedekah dan amal jariah anda,maka makin besarlah pahala betul? Dan di sini,maka terlintas lagi satu teori tahisme aku. Kita semua patut mengejar kekayaan di dunia ini,mengaut keuntungan dan mencari rezeki semaksimum mungkin. Sekiranya kita boleh dikategorikan sebagai orang kaya  maka wang ringgit itu bukan masalah lagi. Jadi,sedekah jariah juga bukan satu masalah,dan makin besarlah kemampuan kita untuk bersedakah dan beramal jariah. Cuba bayangkan anda seorang jutawan,dan 100K itu bukan masalah untuk disedahkan. 100k itu anda sedekahkan kepada tabung masjid dan sebagainya. Dan nilai 100K inilah saham anda di akhirat kelak dan akan dituai mengikut masa yang telah ditetapkan oleh tuhan.Sebenarnya,sedekah dan amal jariah adalah perniagaan yang amat menguntungkan bukan? Jadi,mulalah mencari duit dan rezeki sebanyak mungkin.

Rabu, 21 Disember 2011

Mahasiswa Malaysia

Adam Adli,bendera hj najib diturunkan,pacik misai yang pakai topi HK,perjuangan mahasiswa,mahasiswa ditindas,bla,bla,bla...

Adakah ini,mahasiswa semakin sedar dan berani? Kononnya mereka ditindas,bg mereka yang tidak pernah rasa hidup sebagai seorang yang bergelar mahasiswa,ini mungkin dikatakan.

"Kerajaan banyak bantu mahasiswa,PTPTN,subsidi yuran IPTA,kemudahan2 lain,mereka ini semua lupa daratan!"


Hanya mahasiswa yang faham hidup mahasiswa,dan aku? Aku masih ignorant,x kesah sgt benda2 ni,asal boleh makan,lepas semua subjek syukurlah. Gila loser,gila noob,gila pasif! Habis tu,ko mau bg duit aku beli nasik hari2??

Tapi,ok lah,sudah ada yang berani,yang rebel,dan mungkin agak radikal.Mungkin! Bila tgk balik apa yang dilakukan oleh mahasiswa di kampus2,IPTA,IPTS,kolej dan apa2 institusi,aku boleh ckp kebnyakannya mempunyai cara hidup yang sama. Pergi kelas,balik kelas,makan tgh hari,makan tgh malam,lepak mapple (mapley),porn bg lelaki,update fesyen tudung bagi perempuan,dan input yang masuk dalam kepala hotak mereka juga sama,surat khabar kebangsaan.

Bagi aku,alam mahasiswa ini adalah masa muda yang paling bahagia sekali,di mana kita berkawan dengan ramai orang,lelaki,perempuan,bersosial,namun di universiti melayu ini,masih ada jurang gender,percayalah. Tapi,masih ada yang masuk kelab beruniform.SUKSIS,PALAPES,BOMBA,JPA dan macam2 lagilah. Dan ini tujuan aku menulis atau menaip kali ini.Betapa bodohnya golongan2 ini yang menghambakan diri demi keindahan kawad kaki.FAK!

Ok,apa dalam kepala hotak ko sampai sanggup kawad tgh2 hari,menghitamkan diri,kenapa??? Apa keghairahan yang anda dapat dari berkawad ini? Aku dari tingkatan satu tidak suka berkawad,dan sekiranya aku terpaksa mengikuti benda2 kawad ini,aku akan terasa amat hina,malu dan jijik sekaligus menjatuhkan maruah aku sebagai seorang budak yang cool.

Commonlah,mahasiswa,jgnlah masuk PALAPES dan sekutu-sektunya. Sebab rasuah kau dengan elaun dan kolej kau masuk? Urgh!!! Cool sgtkah memakai seragam ala-askar dan barette kuning tu? Dan benda paling annoying klu aku dgr,dgn masuk kelab beruniform begini mahasiswa boleh menghabiskan masa secara berkualiti,menghindari diri dari terjebak dari masalah sosial dan boleh menjadikan diri sebagai insan kamil yang terulung mengalahkan farid kamil. ITU SEMUA ADALAH ISI KARANGAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 LAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kau masuk u ni,mau jadi polis? askar? bomba? Habistu,kenapa menggatal masuk2 kelab sedemikian?

"Kau apa tahu,bnyk pengalaman kami timba,banding kau yang duduk rumah,fesbuk dan tgk benda2 khurafat dan lagha"


ZZZ...kalau ko cakap ada aktiviti lontar molokov cocktail,guna machine gun, ikut polis buat operasi baru aku ckp itu pengalaman. Dan mereka2 inilah adalah penghalang2 kepada so-called gerakan mahasiswa yang aku x ambil peduli tu.

Ok,aku mau keluar,tgk ombak rindu.

Sabtu, 3 Disember 2011

 Ada melayu yang amat melayu,bangga akan kemaluan  kemelayuan mereka. Semua mau dikaitkan dengan ketuanan melayu. Berebut beli gula yang tinggal dua paket dengan seorang Marbali di kedai runcit empunya seorang cina yang kurang fasih berbahasa melayu pun nak sebut ketuanan melayu.

"bos,saya melayu,ini gula saya punya'' marbali tu fucked up then balik update status fesbuk menunjukkan betapa tidak adilnya negara ini. (button like hanya ditekan oleh kawan Marbalinya sahaja : FIY)

Ada melayu yang benci dengan kemelayuan itu sendiri. X habis2 bantai kebodohan orang melayu. Dia mcm menyesal kenapalah dia jadi seorang melayu.

"meluat aku tgk tipikal melayu ni,semua benda nak kecoh,semua benda nak cakap,tp bangang" - seseorang.

Ada melayu yang sudah tidak melayu. Berpaksikan barat.Cakap inggeris.Rambut merah. X langgan astro warna. Layan HBO dan MTV sahaja.

"cant wait for glee tonite,and after glee,i will go for sturbuck for my late nite supper,and oh ya,tomorrow im gonna fill my stomach with that colourfull yogurt @putituti" - di ambil secara curi di fesbuk.

Anda pula bagaimana? Sudah mendaftar sebagai pengundi? Kahkahkah!!!

*blog aku,suka hati akulah.

Jumaat, 2 Disember 2011

kapitalisma rukun iman dunia kini

 Kawan-kawan,kita tidak dapat lari dari hukum ini,hukum kapitalis. Lagi-lagi di negara yang negara yang berideologikan wawasan 2020 di negara kita ini.Membentuk bangsa Malaysia tidak dapat lari dari hukum ini. Untuk membentuk bangsa ini,ekonomi memainkan peranan penting,dan ekonomi negara ini juga merupakan ekonomi kapitalis.Boleh tengok trend politikus-politikus negara ini mengaut keuntungan melalui nama besar mereka.Bisnes lembu,alkohol dan juga bisnes atas angin (sub-kontrak).

Perenggan di atas sangat skema,dan boleh mendapat markah penuh dalam paper BM penulisan.He. Ok,kita semua akan dan sedang berada dalam sistem ini,kita tidak boleh lari. Bakal-bakal graduan juga tidak terkecuali dan merekalah akan menjadi tunjang kepada sistem ini. Pilihlah kursus apa sekalipun kamu tidak boleh lari.

'Apa kena mengena dengan kami? Kerja kami mulia,bantu manusia untuk kelangsungan hidup!!! - pelajar medik.

Ya betul,kamu tolong org,diagnos manusia,dan boleh dikatakan sukar untuk mendapat bejuta-juta dollar setahun (kecuali doktor mahadir), tapi penglibatan anda adalah untuk memastikan sistem ini berjalan lancar. Pharmaniaga   memerlukan anda agar pharmasis boleh tentukan ubat apa yang patut diberi.Bohong kalau Pharmaniaga tidak untung berjuta-juta setahun! Bohong kalau Pharmaniaga memegang sosialis sebagai pegangan mereka. Lancau apa kalau Pharmaniaga buka kilang,buat drug,semata-mata untuk selamatkan nyawa manusia,untung belakang cerita,sapa mau bayar operator kilang? Sub-kontraktor yang buat maintance kompresor,turbine,furnace kilang setiap 3-6 bulan? Pak-gad yang jaga kilang malam2?

Jurutera? Jangan cakaplah,golongan ini lah yang membuat kemajuan kepada sistem ini. Merekalah yang berfikir siang malam agar industi mendapat untung semaksima mungkin. Budak2 bisnes? Lagilah...

Dalam hidup kita ini,di mana ke-excited-annya sekiranya kita semua berkejar untuk mendapatkan kehidupan lebih baik? Menghabiskan masa muda bertahun-tahun untuk mendapatkan segulung ijazah,kemudian keluar,bekerja-kahwin-gaji kena tolak untuk bayar hutang pinjaman pendidikan? Apa semua ini? Negara ini sudah tidak best bagi aku,dan aku rasa,sebab ketidak best inilah ,Fahmi Reza meniru Occupy Wall Street menjadi Occupy Dataran,dan muncul lagi Occupy Parlimen.He.

Islam sendiri menyatakan,perniagaan itu merupakan cara pencarian rezeki yang terbukti secara efisien,tp ideologi2 dalam Islam mengimbanginya dengan sedekah,korban,dan jihad. Tapi,sekarang ni,siapa tidak mahu senang? Semua akan bertungkus lumus untuk kesenangan.Termasuk aku.

Aku rasa,sampai kiamatpun kapitalis ini akan diguna pakai,selagi ada nafsu,selagi itulah ada. Apa boleh kita buat? Kita tidak boleh lari,dan hapuskan benda ini. Terus terang aku cakap, menetang secara berdemo,tidak mendatangkan apa-apa hasil,kempen kesedaran betapa jahatnya sistem ini pun tidak akan berhasil. Ini kerna,kita semua semakin sebati dan suka akan sistem ini,tidak terkecuali aku.

Bagi mereka yang ingin menentang,satu saja aku cakap,kau mesti memasuki sistem ini untuk merobohkan sistem ini. Kerjalah di kompeni macam Gardenia,dan lesapkanlah berjuta-juta roti yang sudah naik 20sen itu,dan berikan kepada fakir dan miskin.

Harapan akan sentiasa ada. Kehidupan di dunia ini mungkin akan lebih baik.Mungkin suatu hari nanti,sosialis akan disebatikan dalam kehidupan kita. :)